25 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 15, 2021

Ketibaan vaksin masih gagal tarik pelabur asing – Najib

Must Read

Suruhanjaya Tinggi Bangladesh tak wajar lancar portal pekerjaan

CYBERJAYA - Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan amat terkejut dengan tindakan Suruhanjaya Tinggi Bangladesh di Kuala Lumpur...

Kenaikan harga barangan masih terkawal – Alexander

CYBERJAYA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mendapati kenaikan harga barangan di seluruh negara adalah...

Perdana Menteri beri jaminan tiada PKP kali ketiga

CYBERJAYA - Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jaminan kerajaan tidak berhasrat melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali...

CYBERJAYA – Ketibaan vaksin Covid-19 Pfizer-BioNtech pertama ke negara ini semalam gagal menarik perhatian pelabur asing, berbanding apa yang berlaku di negara lain.

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, penerimaan vaksin sepatutnya menjadi pemangkin bagi kenarikan pasaran saham tempatan seperti mana berlaku di negara lain seluruh dunia, namun di Malaysia berlaku sebaliknya.

Sebagai contoh, katanya, Bursa Malaysia tetap turun pagi ini selepas berita vaksin selamat sampai semalam walaupun ia diberikan liputan meluas oleh hampir semua media.

“Ini janggal sebab trend yang sama tidak berlaku di negara-negara lain di mana penerimaan vaksin menjadi pemangkin bagi rally kenaikan dalam pasaran saham.

“Sebaliknya, pelabur asing teruskan trend menarik dana mereka dari Malaysia,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Menurut bekas Perdana Menteri itu, sejak awal tahun ini sebanyak RM1.22 bililon pelaburan asing telah ditarik dari Malaysia dan ini amat membimbangkang.

Malah sejak kejatuhan kerajaan Barisan Naisonal (BN) pada 2018, jumlah pelaburan asing terus menjunam yang mana RM13 bilion dibawa keluar selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Katanya, pada 2019 pula sebanyak RM14 bilion lagi pelaburan asing keluar sementara tahun lalu hampir RM24.7 bilion ditarik.

Hal ini berbeza ketika kerajaan BN yang mana pada tahun 2017, dana asing sebanyak RM10.4 bilion telah berjaya dibawa masuk, kata Najib

“Tapi satu trend berbahaya yang saya perhatikan sejak tahun lepas dan perlu ditangani kerajaan sebelum ianya membawa parah besar bagi rakyat ialah trend jumlah pelaburan baru dalam Bursa Malaysia dari kategori runcit (iaitu orang biasa) jauh melebihi pelaburan dari institusi pelaburan tempatan dan pelabur asing.

“Biasanya, daya bertahan pelabur sektor runcit adalah terhad berbanding institusi tempatan dan pelabur asing.

“Dikhuatir juga bahawa pembeli runcit lebih bergantung pada fasiliti pembiayaan margin saham dan pinjaman bank,” kata beliau.

Najib berkata, berdasarkan trend pelaburan pada tahun lalu, sebanyak RM13.84 bilion datang dari pelabur runcit manakala RM10.41 bilion daripada institusi pelaburan tempatan sebaliknya pelabur asing negatif RM21.75 bilion.

Bagi trend pelaburan tahun ini pula, setakat ini pelabur runcit adalah kira-kira RM2.81 bilion manakala institusi pelaburan tempatan negatif
RM1.58 bilioan serta pelabur asing pula negatif RM1.22 bilion.

Justeru, Najib yang pernah memegang portfolio Menteri Kewangan berkata, kerajaan perlu memantau keadaan ini bagi mengelak krisis ekonomi seperti tahun 1997 dan 1998 berulang.

Beliau berkata, pada masa itu rakyat biasa terperangkap dan menjadi mangsa terbesar apabila bursa saham menjunam pada ketika institusi tempatan dan pelabur asing enggan membeli.

“Harap rakyat akan berhati-hati dan memilih kaunter saham yang lebih selamat dan berasaskan kekuatan sebenar.

“Kerajaan juga boleh memainkan peranan dengan memulihkan kepercayaan pelabur asing sebab negara sudah menghadapi aliran keluar dana asing bagi tiga tahun berturut-turut dari 2018 sehingga 2020.

“Jangan tahun 2021 menjadi tahun keempat,” katanya. – Edisi 9

Latest News

Suruhanjaya Tinggi Bangladesh tak wajar lancar portal pekerjaan

CYBERJAYA - Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan amat terkejut dengan tindakan Suruhanjaya Tinggi Bangladesh di Kuala Lumpur...

More Articles Like This