30.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, March 6, 2021

Pemuda pelayan restoran diliwat bergilir-gilir 8 kali

Must Read

SPRM nafi jadi ‘senjata politik’, minta MP Sekijang buat laporan

CYBERJAYA – Nampaknya kemelut politik negara ini semakin tidak tentu arah sehingga agensi kerajaan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM),...

Ringgit bukan mata wang terindah di dunia?

Oleh AMREE AHMAD SIAPA sangka selepas hampir sedekad berlalu, ringgit terus kekal langsung tiada pun dalam senarai akhir kelompok 24...

Lebih banyak bahagian UMNO akan terus kerjasama dengan Bersatu – Annuar

CYBERJAYA– Bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa berkata, lebih banyak bahagian UMNO akan menyatakan pendirian...

CYBERJAYA – Seorang pemuda mengalami detik hitam dalam hidupnya apabila diliwat secara bergilir-gilir oleh dua lelaki lain pada malam Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, mangsa merupakan rakyat tempatan berusia 20 tahun dan bekerja sebagai pelayan restoran di sebuah pusat beli-belah di Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Menurut beliau, kejadian berpunca semasa mangsa sedang berjoging bersendirian di kawasan berhampiran rumahnya di Jalan PJU 6A, Petaling Jaya.

“Dia berjumpa dengan dua lelaki yang sedang minum minuman keras.

“Pada awalnya, kedua-dua suspek memanggil mangsa dan bertanya pelbagai soalan.

“Secara tiba-tiba, suspek menarik tangan mangsa dan mengarahkan mangsa membonceng motosikal salah seorang suspek, lalu dibawa ke rumah suspek di kawasan Kampung Sungai Kayu Ara.

“Mangsa cuba melawan tetapi gagal,” katanya dalam kenyataan media melalui laman Facebook Polis Daerah Petaling Jaya, hari ini.

Nik Ezanee menambah, dalam pengakuan awalnya, mangsa mengaku telah diliwat secara bergilir-gilir dengan kedua-dua suspek sebanyak lapan kali.

Dia juga dipaksa untuk melakukan seks oral.

“Selesai itu, mangsa telah dihantar pulang oleh suspek ke kawasan berhampiran rumah mangsa,” jelasnya.

Beliau memberitahu, mangsa kini berada di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk pemeriksaan.

Nik Ezanee berkata, berdasarkan risikan maklumat kejadian, sepasukan polis dari Ibu Pejabatn Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya telah membuat tangkapan terhadap dua lelaki kira-kira pukul 11 malam tadi.

Menurut beliau, kedua-dua suspek rakyat tempatan yang berumur 31 dan 36 tahun itu ditahan di kawasan Kampung Sungai Kayu Ara, Damansara Utama, Petaling Jaya.

“Semakan rekod lampau mendapati suspek yang berusia 36 tahun mempunyai dua rekod dalam kes jenayah.

“Manakala seorang lagi suspek tidak mempunyai sebarang rekod,” ujarnya.

Nik Ezanee memberitahu, kedua-dua suspek ditahan reman selama tujuh hari dan disiasat di bawah Seksyen 377C, 377A dan 354 Kanun Keseksaan.

Mereka disyaki melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii tanpa kerelaan.

“Jika disabitkan kesalahan, boleh dihukum penjara selama tempoh tidak kurang dari lima tahun dan tidak lebih dari 20 tahun serta sebatan,” jelas beliau. – EDISI 9

Latest News

SPRM nafi jadi ‘senjata politik’, minta MP Sekijang buat laporan

CYBERJAYA – Nampaknya kemelut politik negara ini semakin tidak tentu arah sehingga agensi kerajaan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM),...

More Articles Like This