25.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Vaksin Pfizer-BioNtech selamat, berkualiti – Dr Noor Hisham

Mesti Baca

CYBERJAYA – Vaksin Pfizer-BioNtech yang tiba kali pertama di tanah air hari ini adalah selamat dan berkualiti serta sudah mendapat kelulusan daripada badan-badan pemantau.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah akan menjadi penerima pertama suntikan vaksin itu bersama Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Rabu ini.

Menurut beliau, vaksin keluaran Pfizer-BioNtech ini adalah vaksin Covid-19 pertama diberi kelulusan pendaftaran bersyarat oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) dan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) pada 8 Januari 2021 yang lalu, dengan nama Comirnaty Concentrate for Dispersion for Injection.

“Antara kriteria yang diteliti oleh PBKD dan NPRA adalah profil keselamatan vaksin, kualiti vaksin, dan vaksin yang mempunyai nilai efikasi yang baik untuk digunakan untuk kesemua rakyat Malaysia.

“Pendaftaran bersyarat ini diberikan bertujuan memberikan akses segera kepada vaksin COVID-19 semasa tempoh pandemik ini menggunakan ‘risk-based approach’, tanpa mengabaikan aspek kualiti, keselamatan dan keberkesanan,” katanya menerusi Facebooknya hari ini.

Vaksin Covid-19 pertama tiba dari Belgium di KLIA Sepang hari ini.

Beliau mengulas mengenai ketibaan vaksin Pfizer-BioNtech tersebut di tanah air dari pusat pengeluarannya di Belgium menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Sepang (KLIA) hari ini.

Advertisements

Vaksin itu akan dihantar ke 16 lokasi pusat simpanan di seluruh negara yang melibatkan enam negeri iaitu enam di Selangor; Johor (empat); Kuala Lumpur (tiga); Pulau Pinang (dua) dan satu di Putrajaya.

Dr Noor Hisham berkata, vaksin tersebut juga perlu melalui proses penilaian yang sewajarnya dan akan sentiasa dipantau dengan rapat setelah ia digunakan.

Katanya, kriteria-kriteria lain bagi membolehkan kelulusan bersyarat ini antaranya adalah vaksin telah berdaftar atau diberi ‘emergency use authorization’ oleh badan regulatori negara pengeluar atau badan regulatori rujukan oleh PBKD atau Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

“Kementerian Kesihatan Malaysia sentiasa komited dalam memastikan keselamatan dan sentiasa mengutamakan kesihatan rakyat Malaysia dengan memantau dan meneliti semua ubat-ubatan termasuk vaksin yang diperolehi,” katanya.

Sebelum ini terdapat segelintir masyarakat yang meragui keadaan dan keberkesanan vaksin tersebut yang akan diberikan kepada rakyat negara.

Malah ada yang mendakwa konon vaksin tersebut mempunyai cip sehingga setiap pergerakan rakyat negara ini dapat dipantau selain berbahaya kepada kesihatan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan