25 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 15, 2021

Menyediakan model baru ekonomi generasi masa depan

Must Read

Suruhanjaya Tinggi Bangladesh tak wajar lancar portal pekerjaan

CYBERJAYA - Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan amat terkejut dengan tindakan Suruhanjaya Tinggi Bangladesh di Kuala Lumpur...

Kenaikan harga barangan masih terkawal – Alexander

CYBERJAYA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mendapati kenaikan harga barangan di seluruh negara adalah...

Perdana Menteri beri jaminan tiada PKP kali ketiga

CYBERJAYA - Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jaminan kerajaan tidak berhasrat melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali...

IMAM Al-Ghazali pernah berkata: “Jika kamu ingin melihat masa depan sesebuah negara, lihatlah keadaan generasi mudanya yang ada sekarang”

Generasi muda hari ini pastinya akan bergerak menuju masa depan dengan satu sikap, gaya hidup dan pemikiran berbeza.

Impak Covid-19, membawa mereka kepada perubahan secara mutlak (total change) dan mendadak sudah pasti membawa norma baharu yang jauh berbeza dengan kehidupan generasi sebelum mereka.

Dari sudut ekonomi, cabaran besar kepada kita ialah bagaimana menyediakan mereka dengan peluang, kaedah dan platform ekonomi yang sesuai dengan situasi terkini dan jangkauan kita terhadap kegiatan ekonomi yang akan dihadapi oleh mereka, sama ada hari ini, mahupun masa depan.

Impak Covid-19 ini bukanlah zaman untuk kita bekerja secara terkial-kial, berpolemik atau beretorik, sebaliknya kita mesti bergerak pantas bagi menempuh zaman dan masa yang sentiasa berubah-ubah selagi mana Covid-19 ini tiada kepastian penawarnya.

Dilema antara kelangsungan ekonomi dan usaha mengekang wabak Covid-19 adalah sesuatu yang berat untuk ditangani tetapi kebijaksanaan dan keberanian kita masih diperlukan untuk mengimbanginya.

Penulis menyerahkan kertas kerja Model dan Inisiatif Baru Ekonomi Komuniti (MIBEK) Perak kepada Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad, pada 2 Februari lalu.

Kebetulan penulis mempunyai pengalaman menjayakan dua kelompok ekonomi iaitu membangunkan ekonomi B40 bandar raya Kuala Lumpur melalui program PESAT (Rukun Tetangga WP Kuala Lumpur dan DBKL) dan Program Keusahawanan Tani Muda Generasi Baru (majoriti luar bandar).

Hasil pengalaman dua senario berbeza ini dapat memberikan ilmu dan pengalaman kepada penulis terhadap isu, cabaran dan langkah yang perlu diambil untuk menyediakan peluang ekonomi kepada semua kelompok di Malaysia pada hari ini dan masa depan.

Impak Covid-19 sewajarnya menjadikan kita untuk pantas bergerak menangani kesan ekonomi dan mencari formula untuk menyediakan segera landasan ekonomi masa depan khususnya generasi muda.

Oleh kerana impak Covid-19 bersifat impak global, maka hubungan dunia bebas sebelum ini telah menghadkan semua corak kehidupan dunia secara global terutama dalam sektor ekonomi.

Justeru, kita perlu mengorak langkah untuk membawa satu perubahan besar yang mampan kepada pembangunan ekonomi khususnya ekonomi golongan muda. Model baru diperlukan supaya berlakunya perubahan ketara (Game Changer), impak besar, berani dan pantas, sekaligus menghasilkan anjakan berganda (Quantum Leaps).

Sejak kecil, penulis belajar daripada Allahyarham bapa penulis yang berjiwa besar dalam membangunkan ekonomi. Antara yang penulis saksikan ialah pembangunan ekonomi setempat di kampung untuk meningkatkan taraf hidup penduduk kampung.

Sebahagiannya masih dapat dilihat hari ini melalui transformasi tanah kampung yang bersifat berdaya tahan (sustainable) hingga mampu diwarisi oleh generasi ketiga selepas beliau.

Melalui pendedahan ekonomi komuniti dan menerima pendidikan lebih baik, ia membolehkan penulis meneruskan legasi ekonomi sosial dalam membangunkan generasi muda dalam negara, mahupun peringkat antarabangsa.

Penulis berpeluang menyertai pelbagai aktiviti perancangan kerajaan dalam pembangunan ekonomi masa depan dari era Tun Dr. Mahathir Mohamad hinggalah Tun Abdullah Badawi, Datuk Seri Najib Tun Razak dan sekali lagi Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri ke-7.

Pengalaman dilantik dalam jawatankuasa peringkat kerajaan juga memberi peluang kepada penulis untuk melihat kejayaan dan kegagalan yang sangat bergantung kepada model ekonomi dan ditambah dengan landasan dan gerak kerja yang dilakukan.

Paling penulis berterimakasih adalah kepada Tan Sri Sulaiman Mahbob, Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri pada tahun 2009 yang pernah melantik penulis sebagai Jawatankuasa Kerja Kumpulan Kluster (Focus Group), Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (Generasi Kedua), BCIC2.

Terdapat tulisan tangan beliau dalam surat tersebut yang memberi harapan kepada penulis untuk menyumbang kepakaran dalam membantu kerajaan menjayakan BCIC-2. Ketika itu, penulis baru berusia sekitar 30an (paling muda dalam kumpulan kerja tersebut).

Walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran, penulis telah meneroka pelbagai idea baru perancangan ekonomi masa depan, khususnya Bumiputera dengan model-model bersifat komuniti (seperti yang diamalkan kaum lain khususnya usahawan Cina).

Banyak model tersebut masih wujud hingga kini (walaupun dasar,pemerintah dan pegawai kerajaan telah berubah) serta mengilhamkan ekonomi komuniti baru, hasil pengamatan.

Antaranya ialah konsortium institut latihan kemahiran Swasta Bumiputera (Kluster BCIC2-Pendidikan dan Latihan Kemahiran), Komuniti Pertanian Luar Bandar (NBOS-My Kampung My Future), Program YAB (Young Agro Businessman) dan Program Ekonomi Sejahtera Rukun Tetangga WP Kuala Lumpur (PESAT).

Generasi muda era pasca-Covid-19 memerlukan satu model baru yang bersifat Ekonomi Komuniti Digital. Sudah pasti mereka memerlukan persediaan, kemahiran dan landasan yang bersifat digital tersebut.

Penulis bersama pelatih Keusahawanan Tani Generasi Muda yang mengeluarkan hasil tanaman cili berkualiti tinggi menggunakan kaedah dan amalan moden.

Inilah cabaran sangat besar kerana persediaan kita masih berada di tahap sangat rendah untuk mengejar satu perubahan yang amat mendadak dan mengejut.

Melahirkan generasi muda ekonomi digital post Covid-19 memerlukan kita untuk pantas berfikir dengan tajam, bertindak segera dan menyediakan penyelesaian secara total (Total Solution) serta responsive terhadap situasi dan persekitaran.

Namun dengan kekangan kemudahan seperti akses internet, kemampuan mendapatkan gajet dan peralatan digital, tahap kesedaran dan kemahiran yang rendah adalah halangan paling besar.

Jika ditambah pula karenah birokrasi yang kian menebal akibat salah faham istilah bekerja dengan impak Covid-19, kadangkala menjadikan kita salah faham makna ‘work from home’ menjadi ‘not working but sleep at home’ yang akhirnya menjadi alasan kerja tergendala kerana kekurangan staff di pejabat.

Seperkara lagi ialah model ekonomi baru generasi muda bukan hanya melibatkan soal pendekatan ekonomi berasaskan teknologi seperti digital semata-mata tetapi turut melibatkan kaedah bersepadu yang membentuk kejayaan besar sesebuah komuniti ekonomi masa depan.

Oleh itu, model ekonomi secara komuniti juga perlu ditekankan seperti GILKSB, MKMF, PESAT, YAB dan lain-lain yang boleh menghasilkan game changer (big, bold and fast), berlakunya anjakan berganda dan menjadi penyelesaian total kepada model baru ekonomi komuniti generasi muda pasca pandemik Covid-19.

Zaman berubah dengan teknologi tetapi model ekonomi komuniti yang menguatkan jamaah ekonomi generasi muda masih relavan dengan peredaran zaman.

Zaman berubah, teknologi berubah, generasi juga berubah tetapi apakah mentaliti dan budaya kerja kita juga berubah? Persoalan inilah yang menjadi penentu kejayaan ekonomi dan keharmonian negara masa depan.
Berubahlah kita sebelum kita diubah!

  • Penulis adalah Pengerusi Eksekutif Institut Agro Usahawan (IGROW) dan Aktivis Ekonomi Sosial. Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian Edisi 9.


Latest News

Suruhanjaya Tinggi Bangladesh tak wajar lancar portal pekerjaan

CYBERJAYA - Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan amat terkejut dengan tindakan Suruhanjaya Tinggi Bangladesh di Kuala Lumpur...

More Articles Like This