26.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Jersi baharu JDT mantul! Ramai tidak sabar memiliki

Mesti Baca

MANTUL! Itulah kata-kata para peminat dan penyokong Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk menggambarkan kit baharu kelab bola sepak kebanggan rakyat Johor itu untuk musim 2021 ini.

Dengan mengekalkan Nike sebagai pembekal kit tersebut, lebih gah apabila lambang UNICEF For Every Child terpampang di dada pemakainya.

JDT mencatat sejarah sebagai kelab pertama di Asia yang menjalinkan kerjasama antarabangsa dengan UNICEF, sebuah badan di bawah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) itu.

Ketika mengumumkan kerjasama itu Disember lalu, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata, UNICEF akan menjadi rakan rasmi JDT untuk menghadapi musim 2021.

“Saya merasakan ini merupakan pengiktirafan yang sangat besar untuk bekerjasama dengan salah satu badan organisasi terbesar yang telah banyak melakukan khidmat kemanusiaan di seluruh dunia.

“Saya sangat bangga untuk mengatakan bahawa kami JDT akan menjadi menjadi rakan rasmi untuk bersama-sama berganding tenaga dalam kerjasama yang luar biasa ini,” kata Tunku Mahkota Johor itu, seperti dilapor media.

Kontrak kerjasama dengan UNICEF itu dikatakan selama satu tahun. UNICEF sebelum ini pernah bekerjasama dengan kelab-kelab terkemuka dunia antaranya Barcelona, Manchester United dan Olympiacos.

Sementara itu, JDT masih mengekalkan warna biru-merah sebagai kit utama pasukan itu sementara bagi aksi di luar (away) pula menggunakan kit berwarna putih-putih.

Kit baharu itu didedahkan oleh JDT menerusi Facebook rasminya, Johor Southern Tigers hari ini.

Seorang peminat JDT berkata, Irene Yoong berkata, dia tidak sabar untuk mendapatkan jersi pasukan kebanggaan negeri Johor itu yang unik dan menawan.

Waiting to receive my t-shirt. Rare unique awesome. A class above the rest. Just win baby,” katanya menerusi Facebook tersebut.

Seorang lagi peminat, Hafeez Hashim pula kagum dengan rekaan kedua-dua kit berkenaan.

Superb design both home and away. Good job JDT team,” katanya.

Bagi AB Hassan Azhari pula, rekaan jersi JDT kali ini membuatkan ramai yang akan menangis jika terlepas memilikinya.

“Boleh jadi nangis kalau tak dapat sambar ni…”

Adhwa Firdaus pula berkata:” Mantap mantul JDT. Nice jersey. Biru lawa gila. Walaupun asal Terengganu, JDT tetap dihatiku dari 2013.”

Selain itu, ramai juga kalangan pengunjung Facebook rasmi JDT itu bertanya tarikh mula dijual dan harga di pasaran.

Sehingga kini belum ada kenyataan rasmi mengenai harga jersi tersebut dan bila tarikh keluar di pasaran. – Edisi 9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan