25.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Yayasan JDT giat berbakti bantu rakyat Johor

Mesti Baca

Editor Edisi 9
Editor Edisi 9
Editor Edisi 9

YAYASAN JDT merupakan sebuah pertubuhan yang bertujuan untuk mengumpul dana dan mengagihkan bantuan kepada rakyat Johor dalam bentuk kebajikan, kesihatan, pendidikan, sukan dan sosial.

Ia secara tidak langsung membolehkan penyokong terlibat dalam kemajuan dan pembangunan kelab, serta memartabatkan bola sepak Johor secara amnya.

Yayasan tersebut telah dilancarkan pada 13 Oktober 2015 setelah mendapat perkenan oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Pelbagai aktiviti dan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) telah diadakan bagi menyempurnakan amanah dan amanat para penyumbang dengan menyalurkan hasil sumbangan kepada golongan yang memerlukan.

Yayasan tersebut juga aktif menjalankan program-program larian yang dapat merapatkan hubungan sesama penyokong Harimau Selatan.

Advertisements
Yayasan JDT
Gambar: Laman Facebook Yayasan JDT

Sebagai tanda penghargaan, yayasan berkenan juga sentiasa memastikan agar keistimewaan para penyumbang diberi keutamaan.

Antaranya adalah kaunter pembelian tiket khas dan tiket khusus bagi setiap perlawanan, potongan harga untuk semua produk dan cenderahati keluaran Southern Tigers dan Yayasan JDT serta banyak lagi.

Penubuhan yayasan itu juga adalah selari dengan misi dan visi Tunku Mahkota Johor yang mahukan Johor Darul Takzim bukan sekadar sebuah kelab bola sepak.

Yayasan itu turut mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh para penyumbang atas sokongan dan kerjasama yang telah diberikan selama ini.

Sumber: Laman Facebook Yayasan JDT

Advertisements

Terkini

Kerajaan Pusat lulus peruntukan RM1.59 bilion untuk Terengganu

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.59 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi manfaat rakyat...

Lagi Artikel Berkaitan