29.1 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Tak perlu bersidang… Covid reda, bubar saja Parlimen

Mesti Baca

Muhammad Muzamil
Muhammad Muzamil
Wartawan Edisi 9

KETIKA menyampaikan perutusan khas berkaitan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 baru-baru ini, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin sudah memberi jaminan bahawa beliau akan memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen sebaik sahaja pandemik Covid-19 telah reda dan pilihan raya umum adalah selamat diadakan.

Bagaimanapun saban hari, kita terus dengar desakan daripada ahli-ahli Parlimen pembangkang yang mahukan supaya sidang Dewan Rakyat diadakan.

Hujah yang diberikan ialah Parlimen boleh menjalankan tugas check and balance dan bagi membolehkan semua pihak bersama-sama memerangi Covid-19.

Kata mereka lagi, negara lain tidak menggantung sidang Parlimen, kenapa Malaysia melakukannya?

Jawapannya mudah, ia supaya negara tidak terus diseret ke dalam krisis politik sekali lagi apabila ada kemungkinan Parlimen hanya menjadi medan untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada atas nama keabsahan sedangkan tumpuan harus diberikan bagi mengekang penularan Covid-19.

Rakyat juga bosan apabila melihat Dewan Rakyat bagaikan ‘sarkas’ disebabkan gelagat sesetengah ahli Parlimen.

Malah ketika negara tengah berperang dengan Covid-19, ada lagi yang dok mendakwa memiliki sokongan majoriti ahli Parlimen untuk menjadi Perdana Menteri.

Semua itu tidak boleh memberi jaminan bahawa kalau sidang Parlimen diadakan, tumpuan hanya akan diberikan kepada soal Covid-19 sahaja.

Ahli-ahli Parlimen bersabar sekejab sehingga Covid-19 reda. Jangan risau Muhyiddin sudah berjanji bubar Parlimen selepas itu, percayalah Perdana Menteri tak kan mungkir janji.

Buat masa ini, biarlah kerajaan urusan Covid-19 dan program vaksin dulu.

Kita faham ada dalam pemimpin pembangkang tidak mahu Parlimen dibubarkan, kata mereka, tak perlu PRU, sebaliknya serah sahaja mandat kembali kepada pakatan mereka. Alasannya, dulu rakyat yang beri mandat tu dalam PRU-14.

Memang betul pun tetapi apa jaminan negara akan aman, jika mandat dikembalikan? Cukupkah kerusi mereka? Siapa yang nak jadi PM? Kita pun tahu bagaimana keadaan mereka sekarang? Dah tak ada ‘Pakatan’ sesama mereka dan dah tak ada ‘Harapan’ untuk berbaik-baik.

Jangan letakkan negara dalam risiko lagi, tak kanlah lepas bergelut dengan Covid-19, nak bergelut pula dengan ‘kluster ahli-ahli politik’ berebut kuasa. Langkah terbaik ialah bubar Parlimen bukan adakan sidang Parlimen.

Tak perlu takut apa-apa, sebab kalau tengok kenyataan masing-masing termasuk parti yang bergabung dalam kerajaan, mereka begitu yakin sekali boleh menang PRU-15. Kalau itu keyakinannya apa nak risau, tunggu lah sahaja pilihan raya.

Tak lamapun nak tunggu memandangkan kes terbaru Covid-19 pun sudah nampak penurunan di kebanyakan negeri kecuali Selangor, Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Johor.

Yang penting bersabarlah. Lagipun mendapat mandat secara langsung dan solid daripada rakyat lebih baik daripada mewujudkan kesepakatan yang akhirnya menjebak negara ke dalam krisis sekali lagi.

Rakyat dah letih… – Edisi 9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan