27.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 7, 2024

7 anggota sindiket jual setem hasil, PLKS ditahan SPRM

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Seramai tujuh suspek dipercayai ahli sindiket jualan setem hasil kerajaan dan pelekat pas lawatan kerja sementara (PLKS) yang menyebabkan kerajaan mengalami kerugian hasil lebih RM15 juta diberkas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam.

Empat daripada mereka yang berumur antara 30 hingga 39 tahun merupakan kakitangan syarikat percetakan keselamatan manakala tiga lagi suspek ialah orang awam.

SPRM turut merampas sebanyak 2,500 keping setem hasil bernilai RM250 dan RM10 dengan nilai keseluruhan RM12.5 juta dalam operasi besar-besaran di Kuala Lumpur itu.

setem
Bahan bukti yang dirampas. Gambar: Ihsan SPRM

Difahamkan, setem hasil bernilai RM250 dijual di pasaran gelap pada harga yang jauh lebih rendah iaitu antara RM40 hingga RM60.

Setem hasil RM10 pula dijual pada harga antara RM5 hingga RM6.

Untuk makluman, setem hasil digunakan sebagai bayaran duti setem bagi dokumen perjanjian jual beli dan kontrak serta lazimnya dijual di pejabat pos dan cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Sindiket yang sama turut menjual PLKS yang lengkap dengan ciri-ciri keselamatan seperti yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen.

PLKS dijual kepada warga asing dengan harga antara RM700 hingga RM800 sekeping, jauh lebih rendah berbanding bayaran sebenar antara RM2,000 hingga RM3,000 yang dikeluarkan Jabatan Imigresen mengikut sektor pekerjaan yang dipohon.

Advertisements

Sindiket terbabit didakwa memberi rasuah kepada pekerja syarikat percetakan keselamatan untuk membawa keluar setem hasil dan pelekat PLKS dari stor simpanan.

setem
PLKS dijual pada harga yang sangat rendah di pasaran gelap. Gambar: Ihsan SPRM

Jualan di pasaran gelap pula dilakukan oleh tiga orang awam.

Mereka dipercayai beroperasi sejak tiga tahun lalu dan beroleh keuntungan mencecah jutaan ringgit hasil perbuatan haram itu.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya Operasi SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya mengesahkan tangkapan tersebut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau menegaskan, SPRM memandang serius isu tersebut kerana ia melibatkan kerugian dan ketirisan terhadap hasil kerajaan.

“Risikan ke atas sindiket ini telah berjalan lebih enam bulan hasil kerjasama SPRM dan Jabatan Imigresen,” jelasnya. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Peranan, tanggungjawab Maritim Malaysia diiktiraf dunia

PERANAN serta tanggungjawab Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah diterima dengan baik dan diiktiraf dunia. Ini dibuktikan apabila Maritim...

Lagi Artikel Berkaitan