25.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Hostel Centennial Kg Acheh bawah PKPD mulai 25 Feb

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Hostel Centennial di Kampung Acheh, Setiawan, Perak akan diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai esok hingga 10 Mac ini.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sehingga 21 Februari lalu, Kementerian Kesihatan telah melaksanakan sebanyak 349 ujian saringan di lokaliti Hostel Centennial dan daripada jumlah itu 125 orang didapati positif COVID-19.

Menurut beliau, Kementerian Kesihatan juga mengesahkan berlaku peningkatan kes secara mendadak di lokaliti Hostel Centennial dengan kadar kebolehjangkitan adalah tinggi.

“Pelaksanaan PKPD ini untuk memudahkan Kementerian Kesihatan melaksanakan saringan secara bersasar ke atas semua penghuni asrama serta mengawal pergerakan dan penularan jangkitan dalam komuniti,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Berhubung tindakan penguatkuasaan, beliau berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan seramai 253 individu semalam atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) PKP.

Ismail Sabri menjelaskan, daripada jumlah itu, seramai 231 orang dikenakan kompaun manakala 22 lagi direman.

“Antara kesalahan direkodkan adalah gagal menyediakan peralatan/merekod diri/pelanggan (75), tidak memakai pelitup muka (61), aktiviti perjudian (52), rentas daerah/negeri tanpa kebenaran (37), tiada penjarakan fizikal (21), premis beroperasi lebih masa/tanpa kebenaran (6) dan tiada dokumen pengenalan diri (1),” ujarnya.

Advertisements

Pasukan Petugas Operasi Pematuhan yang diketuai PDRM telah membuat 72,547 pemeriksaan semalam, bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan SOP PKP.

Sebanyak 3,483 Pasukan Pematuhan melibatkan 15,347 anggota telah membuat pemantauan di 6,119 buah restoran, pasar raya (4,607), bank (4,357), penjaja (2,502), pasar awam/tani (2,140), kilang (1,664) dan pejabat kerajaan (964).

Turut dipantau adalah tempat ibadah (3,661), tempat riadah (1,682), terminal pengangkutan darat (1,290), terminal pengangkutan air (278) dan terminal pengangkutan udara (137).

Menurut beliau lagi, pasukan keselamatan juga berjaya menahan seramai enam pendatang asing tanpa izin (PATI) serta merampas tujuh kenderaan darat dalam Op Benteng semalam.

“Dalam operasi itu, pihak berkuasa turut mengesan 87 buah bot atau kapal di perairan negara melalui lima aktiviti penglihatan,” katanya.

Pada masa yang sama, seramai enam PATI turut diusir melalui dua aktiviti pengusiran. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan