26.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Gara-gara baju raya seksi, Lizzy teruk diusik netizen ‘gatal’

Mesti Baca

GARA-GARA mengenakan baju raya blaus ala chiong-sam pendek dan berskirt jeans pendek, penyanyi dan pelakon Elizabeth Tan teruk diusik netizen yang rata-rata kaum lelaki.

Dia yang lebih mesra disapa Lizzy itu membuat hantaran menerusi Facebooknya bagi mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada para peminatnya.

Bagaimanapun, rata-rata yang membalas ucapan itu menerusi ruang komen terdiri daripada lelaki-lelaki hidung belang dengan cuba mengusik dan menggoda gadis tinggi lampai itu.

Antara komen nakal yang dibalas netizen berbunyi: “Lizzy memang cantik sangat, tapi pakcik tak sanggup tengok Lizzy terlampau seksi camni. Biarlah pakcik ganti tempat Lizzy.”

Komen lelaki itu mendapat hampir 70 sukaan menyebabkan dia cepat-cepat membalasnya: “Bahaya jugak ramai perempuan yang like, tau di makcik kamu siap sedialah mandi jenazah.”

Tidak kurang lucu komen dari seorang lagi netizen. Sambil memuat naik sekeping gambar Lizzy berbaju kurung merah dan bertudung hitam, lelaki itu menulis:

Gambar Lizzy berbaju kurung dan bertudung yang dimuat naik oleh seorang netizen mengundang pelbagai komen daripada pengikut Facebooknya. – Foto FB Elizabeth Tan

“Go Xi Fa Caii Lizzy. Tahun depan awak kena sambut dua perayaan tau dengan saya bila kita dah bergelar suami isteri.”

Tidak kurang juga komen-komen yang bersikap seolah-olah mereka adalah pasangan kepada Lizzy.

“Selamat tahun baru sayang… abang tak dapat balik sebab Covid. Kita VC (panggilan video) je lah.”

Ada juga membalasnya: “Lizzy, tak apa sabar ye. Kalau tak disebabkan PKP boleh rentas negeri mungkin kita dapat sambut sama-sama.”

Petikan-petikan komen di atas antara 5,700 komen yang diterima Lizzy daripada hantaran tersebut setakat artikel ini ditulis.

Lizzy yang muncul buat pertama kali dalam industri muzik menerusi single Knock Knock pada 2014 selepas membuat penampilan menerusi YouTube.

Sehingga kini dia telah melahirkan 13 single dengan yang terbaharu dua tahun lalu menerusi Hidup Semula dan Shh.

Dia turut terbabit dalam lakonan drama dan filem antaranya filem Misteri Dilaila manakala drama pula termasuk Mizteri Jenazah, Gerak Khas dan Senafas Rindu. – Edisi 9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan