25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Projek ECRL di empat negeri capai 40.81 peratus

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KERJA-KERJA pembinaan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di empat negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor sudah mencapai kemajuan 40.81 peratus setakat ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL), Datuk Seri Darwis Abdul Razak berkata, di Kelantan, kemajuan projek sudah mencapai 51.94 peratus.

“Kerja-kerja infrastruktur bagi pembinaan jajaran ECRL di Kelantan sedang giat dijalankan antaranya pemasangan rasuk jejambat yang telah bermula dari jambatan di Jerus, Pasir Puteh dan kini menghampiri kawasan Padang Raja, Melor,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan Majlis Iftar Bersama ECRL yang turut dihadiri Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob, malam tadi.

Pada majlis tersebut MRL turut menyampaikan sumbangan Ramadan kepada 30 anak yatim dan kakitangan Rumah Kebajikan Anak Yatim dan Dhuafa’ Lilbanin Sri Peraksi Cherang Ruku, Pasir Puteh.

Mengulas lanjut, Darwis berkata selain itu, kerja-kerja penambakan tanah yang meliputi 16 daripada 19 lokasi keseluruhan di Kelantan telah pun bermula.

“Kerja-kerja rawatan tanah dan penanaman cerucuk bagi Stesen ECRL Kota Bharu di Tunjong serta kerja-kerja rawatan tanah bagi Stesen ECRL Pasir Puteh di Kampung Jeram juga sedang giat dijalankan,” katanya.

Beliau berkata. berdasarkan kemajuan kerja tersebut, pembinaan projek ECRL di Kelantan yang meliputi jajaran sepanjang 43.86 kilometer dijangka siap menjelang akhir 2026 mengikut jadual yang ditetapkan. – BERNAMA

Terkini

KKDW peruntuk RM46.6 juta untuk pembangunan di Selangor

KEMENTERIAN Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan sebanyak RM46.6 juta untuk pelbagai pembangunan infrastruktur serta komuniti, kemahiran dan pembiayaan...

Lagi Artikel Berkaitan