25.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Gelagat PM berlari masuk Dewan Rakyat curi tumpuan

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

GELAGAT Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berlari masuk ke Dewan Rakyat telah mencuri perhatian orang ramai di media sosial.

Anwar dipercayai bertindak sedemikian untuk hadir ke Dewan Rakyat tepat pada masa dalam sesi Soal Jawab Perdana Menteri (PMQ) pada setiap Selasa.

Terdahulu, Anwar dalam satu kenyataan di media sosial menyatakan kesediaan untuk menjawab soalan daripada Ahli-Ali Parlimen pada setiap hari Selasa pada Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen Ke-15.

“Insya-Allah buat kali pertama saya akan menjawab soalan Ahli-Ahli Parlimen dalam Sesi Soal Jawab Perdana Menteri (PMQ) di Dewan Rakyat.

“Untuk pengetahuan semua, sesi ini akan diadakan pada setiap hari Selasa pada Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen Ke-15,” katanya dalam satu ciapan di Twitter pada 14 Februari lalu.

Advertisements

Sesi PMQ ini merupakan pembaharuan yang dilaksanakan oleh kerajaan perpaduan.

Sesi pertanyaan kepada Perdana Menteri akan diadakan di Dewan Rakyat selama satu jam.

Dalam pada itu pada sesi PMQ di Dewan Rakyat hari ini, Anwar menjawab soalan Chiew Choon Man (PH-Miri) yang meminta perkembangan usaha kerajaan dalam melaksanakan pengasingan kuasa Pendakwa Raya dan Peguam Negara.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun turut menjawab soalan Siti Zailah Mohd Yussof (Perikatan Nasional-Rantau Panjang) yang ingin mengetahui jika terdapat siasatan rasuah terhadap blok kerajaan.

Datuk Idris Ahmad (PN-Bagan Serai) meminta penjelasan Perdana Menteri mengenai mekanisme yang digunakan kerajaan untuk mengukur pencapaian pelakasanaan menoktahkan kemiskinan. – EDISI9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan