25.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, January 23, 2022
< a href='https://keluargamalaysia.my/'>

Varane calon terbaik benteng pertahanan Man United

Mesti Baca

LONDON – Manchester United telah menyenaraipendekkan Raphael Varane, Tyrone Mings dan David Carmo sebagai antara pemain pertahanan tengah yang diintai menjelang pembukaan jendela perpindahan musim panas ini.

Seperti yang dilaporkan portal 90min, antara pemain yang disenarai pendek untuk memperkukuhkan benteng pertahanan The Red Devils ialah Pau Torres, Dayot Upamecano dan Jules Kounde.

Manchester United sedang gigih mencari pemain pertahanan tengah baharu untuk digandingkan dengan kapten pasukan Harry Maguire.

Victor Lindelof gagal menunjukkan prestasi memuaskan untuk mendapat tempat dalam kesebelasan utama manakala Eric Bailly sekali lagi berdepan masalah kecergasan.

November lalu, 90min mendedahkan bahawa antara keutamaan United tahun ini adalah mencari seorang pemain pertahanan tengah.

Kelab tersebut mengagumi prestasi Torres bersama Villareal sejak musim panas lalu dan meletakkannya di tempat tertinggi dalam senarai.

Terdapat kemungkinan Torres yang juga pemain kebangsaan Sepanyol akan meninggalkan Villareal.

Klausa pelepasan hampir £60 juta tidak menghalang kelab-kelab terkemuka dunia untuk menyambarnya.

Upamecano juga pernah menjadi pemain yang sangat diidamkan oleh Manchester United.

Namun, mereka kurang berminat terhadap Upamecano setelah Bayern Munich memulakan rundingan dengan ejen pemain itu.

The Red Devils juga dilaporkan mengintai Kounde di Sevilla selama beberapa bulan.

Selain itu, Manchester United turut menyenaraipendekkan pemain Brighton, Ben White dan pemain Leicester, Caglar Soyuncu.

Sergio Ramos mungkin menjadi penyelesaian jangka pendek bagi memastikan kubu pertahanannya lebih padu dan kukuh.

Baca juga:   Prestasi pasaran buruh bertambah baik suku kedua 2021

Itupun sekiranya pemain berusia 34 tahun itu meninggalkan Real Madrid pada musim panas ini.

Memandangkan enam kelab terbesar dalam Liga Perdana Inggeris juga berminat terhadap Ramos, United perlu menunjukkan komitmen untuk mendapatkan khidmatnya.

Baca juga:   Harimau kumbang berkeliaran di kandang lembu ditangkap

Kemungkinan besar Ramos akan beraksi bersama PSG.

Varane sudah lama dikaitkan dengan Old Trafford sejak bertahun-tahun lalu.

Kontraknya bersama Real Madrid hanya berbaki kurang daripada 18 bulan sahaja lagi.

Sekiranya Los Blancos mahu mendapatkan yuran perpindahan yang tinggi untuk bintang Piala Dunia Perancis itu, mereka perlu menjualnya tahun ini.

Varane boleh meninggalkan Bernabeu sebagai ejen bebas tahun depan jika dia enggan menandatangani kontrak baharu.

Bintang berusia 27 tahun itu kini telah beraksi bersama Real bagi musim ke-10 setelah berpindah dari Lens pada 2011.

< a href='https://keluargamalaysia.my/'>

Terkini

Setiausaha Politik Ahli Parlimen antara dua individu didakwa esok

DUA individu yang mempunyai kaitan dengan seorang Ahli Parlimen di Selangor akan didakwa di Mahkamah Sesyen esok, atas tuduhan...

Lagi Artikel Berkaitan

< a href='https://keluargamalaysia.my/'>