30.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, November 26, 2022

PKPD PPA Batu Gajah, 3 kampung di Terengganu

Mesti Baca

CYBERJAYA – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dikuatkuasakan di Pusat Pemulihan Akhlak (PPA) Batu Gajah dan kuarters kakitangan di Kinta, Perak mulai 14 hingga 27 Februari ini.

Selain itu, tiga kampung di Besut, Terengganu iaitu Kampung Darau-Awek, Kampung Padang Baloh dan Kampung Lepan Kejor turut dikenakan PKPD bagi tempoh yang sama.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bagi PPA Batu Gajah, sehingga kini, Kementerian Kesihatan telah melaksanakan 81 ujian saringan.

Menurut beliau, daripada jumlah itu, sebanyak 29 kes positif COVID-19 telah direkodkan serta 45 baki saringan sedang menunggu keputusan.

“Pelaksanaan PKPD ini untuk memudahkan Kementerian Kesihatan melaksanakan saringan secara bersasar ke atas semua tahanan, kakitangan serta kontak rapat yang terlibat untuk memastikan tiada jangkitan dalam komuniti.

“SOP PKPD di pusat tahanan ini juga sama seperti yang diumumkan sebelum ini termasuk pergerakan keluar masuk dan lawatan oleh ahli keluarga adalah tidak dibenarkan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Baca juga:   Trend peningkatan penerbangan awam dijangka pulih 2025

Bagi PKPD di tiga kampung terbabit pula, Ismail Sabri berkata, sehingga kini, Kementerian Kesihatan telah melaksanakan 570 ujian saringan dan daripada jumlah itu, sebanyak 21 kes positif COVID-19 telah direkodkan meliputi ketiga-tiga lokaliti ini.

“Pelaksanaan PKPD ini mengawal pergerakan penduduk, mengurangkan jangkitan dalam komuniti serta memudahkan Kementerian Kesihatan melaksanakan saringan secara bersasar ke atas kira-kira 2,152 penduduk di ketiga-tiga lokaliti ini,” jelasnya.

Baca juga:   Pertemuan empat mata, Ismail Sabri, Hsien Loong di Tokyo

Berhubung tindakan penguatkuasan, beliau memberitahu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan seramai 680 individu semalam atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP).

Ismail Sabri berkata, daripada jumlah itu, 610 orang dikompaun, 59 individu direman manakala 11 orang lagi dijamin.

“Antara kesalahan direkodkan adalah tiada penjarakan fizikal (146), rentas daerah/negeri tanpa kebenaran (117), aktiviti pusat hiburan (106), tidak memakai pelitup muka (86), gagal menyediakan peralatan/merekod diri/pelanggan (64), keluar rumah tanpa alasan munasabah (36), membawa penumpang berlebihan (25), premis beroperasi lebih masa/tanpa kebenaran (23) dan lain-lain (77),” katanya.

Beliau menambah, pasukan keselamatan juga telah menahan 21 pendatang asing tanpa izin (PATI) dan merampas 10 kenderaan darat dalam Op Benteng semalam.

“Dalam operasi itu, pihak berkuasa turut mengesan 45 buah bot/kapal di perairan negara dan sebuah kenderaan darat melalui lima aktiviti penglihatan,” jelasnya. – EDISI 9

Baca juga:   Apa yang berlaku ada hikmah, yang penting jujur - Hadi

Wartawan

Terkini

Mohon semua pihak tidak keluarkan kenyataan ganggu gugat

MENTERI Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi memberi amaran kepada semua pihak agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh...

Lagi Artikel Berkaitan