30.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Dapatkan jersi ‘home’ JDT di Nike.com hari ini

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

JOHOR BAHRU – Penyokong-penyokong tegar Kelab Bola Sepak Johor Darul Takzim (JDT) yang terlepas peluang mendapatkan jersi terbaharu skuad Harimau Selatan semalam masih boleh membelinya melalui laman sesawang Nike.com hari ini.

Memetik laman Facebook Johor Southern Tigers, Nike akan menjual jersi tuan rumah JDT namun jumlahnya tidak dinyatakan.

Selain itu, JDT akan menjual stok jersi berikutnya melalui kedai dalam taliannya JDT Online Store di laman sesawang kelab dalam masa beberapa minggu lagi.

Jersi tuan rumah dan bertandang JDT yang baharu laku keras selepas jualannya mula dibuka pada pukul 11 pagi semalam di laman sesawang JDT dan Shopee.

Kedua-dua platform itu menerima kunjungan hampir 100,000 pelawat dan mencatatkan jualan bernilai RM1.6 juta.

Nike

Jersi-jersi tersebut habis terjual dalam tempoh sejam di semua platform dalam talian sementara penjual rasmi juga kehabisan stok.

Johor Southern Tigers juga menjangka jersi-jersi yang dijual hari ini juga akan habis diborong oleh penyokong JDT.

Untuk makluman, jersi bertandang versi pemain JDT dijual pada harga yang amat berbaloi kerana Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menanggung sebahagian harga jersi tersebut sebagai tanda penghargaan atas sokongan tidak berbelah bahagi penyokong.

Jersi bertandang dipilih sebagai hadiah istimewa kerana warna jersi itu melambangkan Stadium Sultan Ibrahim bersempena ulang tahun pertama stadium berkenaan.

Harga sebenar jersi bertandang versi pemain adalah RM429 tetapi dijual pada harga RM185, sama dengan harga jersi tuan rumah versi penyokong.

Tunku Ismail menanggung lebihan kos jualan jersi bertandang yang boleh dibeli secara eksklusif di http://store.johorsoutherntigers.com.my manakala jersi tuan rumah pula akan dijual di Nike.com dan juga JDT.

Jadi, segera dapatkan jersi JDT melalui Nike.com hari ini sebelum disambar orang lain.

Memang ramai penyokong yang ingin menyarungkan jersi pasukan kesayangan mereka itu.

Maklumlah, JDT bukan sahaja gah dalam arena bola sepak tempatan malah, kelab tersebut terkenal sehingga ke peringkat antarabangsa setelah dinobatkan sebagai juara Piala AFC pada 2015. – EDISI 9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan