30.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, October 4, 2022

Covid-19: Terengganu umum bantuan khas RM19 juta

Mesti Baca

KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri hari ini mengumumkan Bantuan Ekonomi Rakyat Terengganu (Berkat) berjumlah RM19 juta bagi meringankan beban rakyat ketika wabak Covid-19 masih berlarutan.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Shamsuri Mokhtar berkata, di bawah bantuan tersebut, sebanyak tujuh insentif diperkenalkan bagi merangsang ekonomi rakyat dan negeri.

Tujuh insentif tersebut ialah pemberian bakul makanan kepada kira-kira 81,000 golongan asnaf dan penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM).

Menurut beliau, sebanyak 48,000 orang yang terjejas pekerjaan di sektor yang tidak dibenarkan beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 pula akan menerima insentif sebanyak RM100 seorang.

“Selain itu, kerajaan negeri juga menyediakan bantuan tambah nilai internet sebanyak RM100 kepada semua pelajar daripada keluarga yang berpendapatan kurang daripada RM2,500.

“Jumlah penerima adalah berdasarkan penerima bantuan persekolahan,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Baca juga:   44 kes varian SARS-CoV-2, 59 kes VOC varian Delta dikesan

Ahmad Shamsuri berkata, pihaknya juga akan membekalkan sebanyak 1,600 buah tablet untuk kegunaan para pelajar miskin yang akan disalurkan melalui anak syarikat kerajaan negeri.

Pendakwah yang terjejas dan tiada pendapatan tetap juga akan diberikan insentif kuliah online, katanya tanpa menyatakan jumlah insentif.

Baca juga:   Waspada, 40 kes Covid-19 varian Delta dikesan di Malaysia

Menteri Besar berkata, kerajaan juga menyediakan insentif khas sebanyak RM300 seorang kepada penggiat pelancongan negeri Terengganu.

Ini termasuk penarik beca, pemandu bot penambang, kakitangan agensi pelancongan dan pengembaraan (‘inbound’ sahaja), pemandu bot Tasik Kenyir, pemandu pelancong berdaftar, serta pemandu teksi ‘airport’.

“Manakala Persatuan Hotel Malaysia (MAH) negeri Terengganu turut menerima pengecualian Cukai Taksiran bagi tahun 2020,” katanya.

Bagi melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR), kerajaan negeri akan membuka operasi 20 buah Pusat Internet Akses Rakyat (Pintar) yang akan memberi keutamaan kepada pelajar miskin dan bermasalah.

Walau bagaimanapun, rakyat yang tidak termasuk dalam golongan di atas tetapi amat memerlukan serta terjejas sepanjang tempoh PKP 2.0, boleh menghubungi Pusat Khidmat Masyarakat ADUN masing-masing untuk memohon bantuan sesuai yang diperlukan.

Penarik beca bakal menerima insentif RM100 daripada kerajaan negeri Terengganu. – Gambar hiasan

“Semoga dengan insentif yang diperkenalkan dapat memberi sedikit kelegaan kepada mereka yang terlibat,” katanya.

PKP 2.0 telah dilaksanakan di Terengganu sejak 22 Februari lalu berikutan peningkatan kes baharu Covid-19 di negeri itu, serentak dengan negeri-negeri lain di Malaysia.

Baca juga:   6,075 kes positif baharu, masa untuk PKP menyeluruh?

Terengganu telah merekodkan 48 kes baharu hari ini menjadi keseluruhan kes Covid-19 di negeri itu berjumlah 2,419 kes.

Semalam, dua kawasan di Hulu Terengganu telah dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) akibat lonjakan kes membabit Felda Tersat dan tapak pembinaan Kuarters TNB Kuala Berang. – Edisi 9

Baca juga:   EZ Qurban perkenal Akikah Malaysia

Wartawan

Terkini

Isu gaji: CUEPACS gesa kerajaan cari penyelesaian segera

KONGRES Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menggesa kerajaan mencari penyelesaian segera berkaitan isu gaji penjawat awam yang...

Lagi Artikel Berkaitan