26.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, January 15, 2025

Perikatan Nasional mukadimah sangat baik isi kemerdekaan

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Penubuhan kerajaan Perikatan Nasional adalah mukadimah yang sangat baik dan perlu dibina dari semasa ke semasa supaya rakyat boleh mengisi kemerdekaan dengan makna dan falsafah sebenar.

Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata demikian dalam perutusan khas sempena sambutan Hari Kebangsaan Ke-63.

Berikutan perutusan penuh beliau:

Kedatangan Islam telah membawa erti kemerdekaan yang sebenar. Islam mengajar manusia untuk mengabdikan diri semata-mata kepada Allah SWT.

Kesan daripada ajaran Islam menyebabkan masyarakat Nusantara ini menganut agama Islam dan membebaskan diri mereka daripada belenggu jahiliah. Kemerdekaan yang dibawa oleh Islam berteraskan konsep tiada paksaan dalam agama.

Oleh yang demikian, majoriti penduduk Nusantara termasuk di Semenanjung Tanah Melayu memeluk dan mengamalkan Islam sebagai sistem cara hidup. Bangsa Melayu menjadi bangsa yang berdaulat dan mengasaskan pemerintahan Islam.

ABDUL HADI AWANG

Perjuangan menuntut kemerdekaan Tanah Melayu bermula semenjak pencerobohan Portugis pada tahun 1511 selepas kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka.

Seluruh penduduk Nusantara seperti Timur Sulawesi, Banjar, Sumatera Utara, Acheh, Jawa dan lain-lain telah bersatu menentang penjajahan berdasarkan semangat mempertahankan Islam.

Sekalipun Tanah Melayu dijajah, namun para penjajah gagal mengubah orang Melayu untuk meninggalkan Islam. Mereka melancarkan serangan pemikiran dan budaya untuk menghakis jati diri masyarakat Islam.

Advertisements

Namun, usaha mereka tetap tidak berjaya menghapuskan cahaya Islam yang wujud dalam diri orang Melayu.

Kaum-kaum seperti bangsa China dan India dibawa masuk oleh penjajah bertujuan untuk menjarah hasil mahsul. Mereka juga telah bersatu dengan masyarakat Melayu untuk menentang penjajah tanpa mengira perbezaan kaum dan agama, sehingga perjuangan menentang penjajah berlaku secara majmuk.

Tanah Melayu menjadi sebuah negara yang merdeka dan berdaulat selepas mengecapi kemerdekaan, namun begitu kesan-kesan penjajahan masih wujud.

Pengaruh budaya, cara hidup, fahaman dan ideologi penjajah masih bertapak, maka menjadi kewajipan kepada kita untuk meneruskan perjuangan bagi mengisi kemerdekaan dengan memerdekakan roh dan pemikiran sepenuhnya.

Hasil muafakat masyarakat majmuk melalui kontrak sosial, berjaya mewujudkan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Akhirnya, Malaysia meletakkan Islam sebagai agama bagi persekutuan serta meraikan kebebasan kepada agama lain.

Negara ini menerima konsep masyarakat majmuk, dalam masa yang sama mengiktiraf hak istimewa Melayu dan Bumiputera sebagai penduduk asal.

Mudah-mudahan kesedaran ini dapat ditanam sebaik mungkin dan kita berusaha menyelamatkan negara dengan suatu pembaharuan yang sebenar.

Penubuhan kerajaan Perikatan Nasional adalah muqaddimah yang sangat baik dan perlu dibina dari semasa ke semasa supaya kita boleh mengisi kemerdekaan dengan makna dan falsafah yang sebenar.

Advertisements

Terkini

Bantuan SARA disalur kepada 700,000 penerima mulai esok

DALAM usaha berterusan untuk membantu golongan miskin dan miskin tegar, Kerajaan MADANI di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri...

Lagi Artikel Berkaitan