28.2 C
Kuala Lumpur
Tuesday, July 23, 2024

Arthur Melo ucap tahniah ulang tahun Stadium Sultan Ibrahim

Mesti Baca

JOHOR BAHRU – Pemain tengah Juventus, Arthur Melo menyampaikan ucapan tahniah kepada Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Kelab Bolasepak Johor Darul Takzim (JDT) sempena ulang tahun pertama Stadium Sultan Ibrahim kelmarin.

“Saya ingin mengucapkan tahniah sempena ulang tahun pertama Stadium Sultan Ibrahim,” kata Melo melalui rakaman video yang disiarkan dalam laman Facebook Johor Southern Tigers.

Selain beraksi untuk Juventus, Melo atau nama penuhnya Arthur Henrique Ramos de Oliveira Melo turut mewakili Brazil di peringkat antarabangsa.

Dilahirkan di Goiânia pada 12 Ogos 1996, Melo memulakan kerjaya bola sepak dengan Grêmio dan memenangi Copa Libertadores pada 2017.

Dia menandatangani kontrak dengan Barcelona melibatkan yuran perpindahan sebanyak €31 juta pada 2018.

Melo menyertai kelab Serie A Itali, Juventus pada tahun lalu.

Pemain tengah berbakat besar itu mula mewakili Brazil pada 2018 dan pernah bermain untuk pasukan bawah 17 tahun negara berkenaan.

Dia merupakan salah seorang pemain dalam skuad kebangsaan Brazil yang memenangi Copa America 2019.

Advertisements

Laman Facebook Johor Southern Tigers menambah, Juventus dan JDT menjalinkan kerjasama sejak 2019 di mana kedua-dua kelab berkongsi kepakaran dan pengetahuan.

Delegasi JDT telah mengunjungi Juventus dua kali pada tahun 2019 sebagai sebahagian daripada kerjasama manakala ketua jurulatih JDT, Benjamin Mora turut berkunjung ke Turin untuk melengkapkan lesen profesional beliau.

Melo
Gambar: Facebook Johor Souther Tigers

Sementara itu, Tunku Ismail berkenan untuk menanggung sebahagian harga untuk salah satu jersi Nike JDT 2021.

Baginda melakukannya sebagai hadiah istimewa kepada penyokong bersempena dengan ulang tahun pertama Stadium Sultan Ibrahim dan sokongan penyokong yang tidak berbelah bahagi.

Harga jersi ‘home’ dan ‘away’ musim 2021 ini akan diumumkan sewaktu pelancaran jersi tersebut di kesemua laman media sosial JDT pada pukul 5.45 petang hari ini.

Melo
Gambar: Facebook Johor Southern Tigers

Selain itu, Stadium Sultan Ibrahim akan memperlihatkan kain rentang penutup tempat duduk baharu menjelang musim baharu yang bermula 5 Mac ini.

Grafik terbaharu itu akan membawa slogan Nike ‘JDT (Sport) Can’t Be Stopped’ sebagai sebahagian dari kerjasama kelab dengan jenama sukan antarabangsa itu. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Mana mungkin saya berkomplot khianati parti UMNO – Nizar Najib

"MANA mungkin saya akan berkomplot untuk mengkhianati parti yang keluarga saya perjuangkan bersama-sama orang UMNO yang lain sejak ia...

Lagi Artikel Berkaitan