25.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

JDT naik taraf Stadium Sultan Ibrahim

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

KELAB Johor Darul Ta’zim (JDT) terus mengorak langkah mengumumkan menambah baik fasiliti di Stadium Sultan Ibrahim untuk memberikan pengalaman luar biasa kepada penyokong. 

Ketua Pegawai Eksekutif JDT, Alistair Edwards berkata, kelab itu kini dalam perbincangan untuk memeterai perjanjian yang akan menaikkan lagi standard stadium berkenaan.

“Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) kini dalam perbincangan untuk memeterai perjanjian-perjanjian yang akan menaikkan lagi standard Stadium Sultan Ibrahim.

“Kami kini sedang berbincang dengan syarikat arkitek terkemuka antarabangsa untuk meningkatkan dan menambah baik lagi Stadium Sultan Ibrahim ikonik yang telah diundi  ‘World Stadium of the Year’ pada 2020.

Advertisements

“Kami juga telah mencapai persetujuan dengan Starbucks untuk membuka cawangan di ‘Home of the Southern Tigers’. Ini akan meningkatkan lagi pilihan makanan dan minuman di Stadium Sultan Ibrahim setelah Woodfire Burger dan KFC dibuka,” katanya dalam hantaran Facebook Johor Southern Tigers.

Dalam pada itu, Juara Liga Super sembilan kali berturut-turut itu akan membina sebuah galeri muzium di stafidium untuk memaparkan kejayaan kelab dalam tempoh sedekad.

“JDT juga dalam proses untuk menyediakan galeri muzium di stadium untuk memperagakan kejayaan yang dicapai sepanjang 10 tahun sejak ditubuhkan pada 2013,” ujarnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan