25.3 C
Kuala Lumpur
Monday, February 10, 2025

Hujan lebat: JKR KL siasat kerosakan libat 15 sekolah

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JABATAN Kerja Raya (JKR) Kuala Lumpur sedang menjalankan semakan dan siasatan lanjut untuk mengenal pasti dengan lebih mendalam jenis dan tahap kerosakan 15 sekolah yang mengalami kerosakan susulan kejadian hujan lebat dan ribut petang semalam.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, hujan lebat serta ribut yang melanda di beberapa kawasan terutama di ibu negara petang semalam agak teruk sehingga menyebabkan banyak kejadian tidak diingini termasuk kenderaan dihempap pokok tumbang, selain rumah dan sekolah mengalami kerosakan.

“Saya menerima laporan, sebanyak 15 sekolah di Kuala Lumpur turut terjejas akibat kejadian berkenaan.

“Berikut adalah senarai sekolah yang terjejas dibawah Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pudu melibatkan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Desa Perdana; Sekolah Kebangsaan (SK) Yaacob Latif; SK Salak South; SK Danau Perdana; SJKC Jalan Imbi; SK Cochrane dan SMK (P) Methodist.

“Manakala dibawah PPD Keramat melibatkan SK Setapak; SK Kg Bharu; SMK Puteri Wilayah (Asrama); SMK Seri Titiwangsa; SK Kementah dan SMK Taman Melati.

“Sementara, sekolah dibawah PPD Sentul melibatkan SMK Jinjang dan SK Seri Nilam.

“Antara lain, sekolah-sekolah terlibat mengalami kerosakan seperti bumbung tercabut dan pokok tumbang.

Advertisements

“Justeru JKR Kuala Lumpur sedang menjalankan semakan dan siasatan lanjut untuk mengenal pasti dengan lebih mendalam jenis dan tahap kerosakan semua sekolah yang terlibat,”katanya menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.

Katanya, buat masa ini, JKR sudah menasihatkan pihak sekolah termasuk guru-guru dan pelajar-pelajar supaya mengelak daripada memasuki kawasan terjejas sehingga keselamatan lokasi berkenaan dipastikan terlebih dahulu.

Ujar beliau, Kementerian Kerja Raya (KKR) melalui JKR akan bekerjasama rapat dengan Kementerian Pendidikan (KPM) untuk memastikan usaha menyiasat, membaik pulih dan mengawal keselamatan dapat diselaraskan dengan sebaik dan sesegera mungkin.

Sementara itu, Alexander berkata, KKR juga menerima laporan kerosakan beberapa unit rumah di Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) Kem Batu Kentonmen Kuala Lumpur disebabkan kejadian ribut berkenaan.

“Antara lain kerosakan yang dilaporkan adalah membabitkan bumbung dan awning yang tercabut diterbangkan angin kuat.

“JKR bekerjasama dengan pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk melakukan pemeriksaan dan penilaian kerosakan untuk tindakan selanjutnya,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Richiamo jalin kerjasama dengan De Xandra, Rico Rinaldi

RICHIAMO Coffee Sdn Bhd mengumumkan kerjasama dengan pengeluar pewangi kenderaan, De Xandra serta pereka fesyen dan pengeluar pakaian terkenal...

Lagi Artikel Berkaitan