23.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, January 15, 2025

Gunakan wang Bantuan Awal Persekolahan sebaik mungkin!

Mesti Baca

Fazrina K
Fazrina K
Mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam dunia kewartawanan bersama syarikat media terkemuka. Pengkhususan dalam penulisan rencana, laporan khas dan analisis isu-isu semasa.

BERBAKI dua minggu sahaja sebelum sesi persekolahan tahun 2024 berakhir. Selain cuti sekolah yang dinanti, pelajar sekolah rendah dan menengah juga teruja menunggu Bantuan Awal Persekolahan (BAP) yang dijangka bakal diserahkan kepada pelajar dalam minggu ini atau minggu hadapan.

Setiap kali musim persekolahan bermula, persiapan untuk menghantar anak-anak ke sekolah sering menjadi cabaran bagi ibu bapa, terutamanya dalam aspek kewangan.

Dengan kos barangan seperti pakaian seragam, buku teks, alat tulis, dan yuran tambahan yang semakin meningkat, ramai ibu bapa merasa terbeban.

Di sinilah BAP memainkan peranan penting untuk meringankan beban tersebut.

BAP merupakan inisiatif Kerajaan Madani di bawah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ia diperkenalkan untuk membantu meringankan beban kewangan keluarga, terutamanya golongan berpendapatan rendah.

Bantuan Awal Persekolahan membantu meringankan beban ibu bapa. – Gambar hiasan

Setiap pelajar yang layak akan menerima bantuan sebanyak RM150 sebagai persediaan awal persekolahan.

Bantuan ini diberikan kepada pelajar sekolah rendah dan menengah tanpa mengira tahap pencapaian akademik mereka.

Tujuannya adalah untuk memastikan setiap pelajar mendapat peluang pendidikan yang sama tanpa halangan kewangan.

BAP merupakan inisiatif Kerajaan Madani yang diperkenalkan untuk membantu setiap warganegara tidak mengira tahap pendapatan selagi mereka bersekolah di sekolah kerajaan termasuk mereka yang belajar di tingkatan 6.

Kerajaan Madani, yang diterajui oleh kepimpinan progresif, komited untuk memperkukuh kesejahteraan rakyat melalui program seperti BAP.

Dalam usaha membina masyarakat yang inklusif dan harmoni, Kerajaan Madani menekankan prinsip keadilan sosial dan keberkesanan pentadbiran.

Melalui penambahbaikan dasar seperti BAP, kerajaan memastikan bahawa semua golongan masyarakat, terutamanya yang kurang berkemampuan, tidak terpinggir daripada peluang pendidikan dan mendapat akses kepada pelajaran.

Advertisements
Gunakan pemberian BAP untuk membeli keperluan sekolah anak-anak. – Gambar hiasan

Tidak dinafikan bantuan ini membantu ibu bapa menampung kos pembelian barangan persekolahan seperti beg, kasut, dan alat tulis.

Dengan bantuan ini, ibu bapa boleh mengalihkan perbelanjaan tersebut kepada keperluan lain yang lebih mendesak.

Tidak dinafikan juga, bantuan ini dapat menaikkan semangat pelajar untuk memulakan sesi persekolahan kerana mereka mempunyai kelengkapan yang mencukupi.

Ini secara tidak langsung membantu meningkatkan keyakinan diri mereka di sekolah.

Boleh dikatakan, sejak perlaksaan BAP dibuat, kajian menunjukkan kadar ponteng sekolah mengalami penurunan, ini kerana apabila pelajar dapat  menyediakan kelengkapan asas, proses pembelajaran menjadi lebih teratur dan para guru dapat membantu memastikan pelajar tidak tercicir daripada pendidikan hanya kerana kekangan kewangan keluarga.

Walaupun BAP memberikan banyak manfaat, terdapat beberapa cabaran dalam pelaksanaannya, seperti memastikan bantuan sampai kepada keluarga yang benar-benar memerlukan.

Selain itu, proses dokumentasi dan pengesahan juga perlu dilakukan dengan teliti untuk mengelakkan sebarang ketirisan.

Setelah Kerajaan boleh mempertimbangkan beberapa langkah untuk menambah baik program ini, termasuk:

  • Digitalisasi Permohonan – Dengan menggunakan teknologi digital, proses permohonan dan pengagihan bantuan boleh menjadi lebih pantas dan telus.
  • Peningkatan Jumlah Bantuan – Bantuan secara one-off ini mungkin boleh diberi kepada yang berada, tapi bagaimana pula dengan golongan pelajar yang datang dari keluarga miskin? Dalam menghadapi kos kehidupan yang semakin meningkat, jumlah bantuan boleh disemak dan dinaikkan agar lebih relevan dengan keperluan semasa.
  • Pemantauan Lebih Ketat – Untuk memastikan pelajar tidak menyalahgunakan wang tersebut pada perkara yang tidak memberi faedah. Penilaian semula terhadap kelayakan penerima dan sistem pemantauan yang lebih ketat boleh memastikan bantuan diberikan kepada golongan sasaran.

Jadi anak-anak sekalian, hargailah usaha serta langkah proaktif yang menunjukkan komitmen kerajaan dalam memastikan pendidikan berkualiti untuk kalian.

Di bawah kepimpinan Kerajaan Madani, penekanan terhadap prinsip keadilan dan inklusiviti memastikan program seperti BAP terus relevan dan memberi impak positif kepada rakyat.

Gunakan wang BAP dengan penuh amanah dan tanggung jawab! Selamat berbelanja. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan SARA disalur kepada 700,000 penerima mulai esok

DALAM usaha berterusan untuk membantu golongan miskin dan miskin tegar, Kerajaan MADANI di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri...

Lagi Artikel Berkaitan