30.7 C
Kuala Lumpur
Friday, January 24, 2025

Che Ta sudah bayar sebahagian hutang MARA – Asyraf

Mesti Baca

TINDAKAN kehakiman ke atas selebriti yang juga usahawan, Rozita Che Wan atau Che Ta ditangguhkan, kata Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Penangguhan itu kata beliau, disebabkan pelakon terkenal itu telah membayar sebanyak RM550,000 daripada keseluruhan hampir RM1 juta tunggakan hutang MARA yang ditanggungnya.

Beliau berkata, bayaran tertunggak itu diterima MARA sehingga Jumaat lalu dan Rozita dikehendaki melangsaikan baki hutang berkenaan dalam tempoh tiga bulan atau sebelum akhir Mac tahun depan.

“Sudah saya tegaskan bahawa MARA tidak akan berkompromi dengan segala tindakan untuk mendapatkan balik setiap sen wang rakyat yang diamanahkan. 

“Ini akan membolehkan wang ini dimanfaatkan pula kepada orang lain yang amat memerlukan,” katanya menerusi media sosialnya hari ini.

Advertisements

Pada 10 Disember lalu, kediaman Rozita di Kota Damansara, Petaling Jaya dilapor diserbu MARA bersama peguam dan wakil mahkamah berikutan dakwaan gagal melunaskan pinjaman bernilai hampir RM1 juta.

Rozita dikatakan masih belum tampil bertemu pihak berkenaan untuk berbincang mengenai penstrukturan dan penjadualan semula pinjaman berjumlah RM960,000 dibuat syarikat miliknya, RCW Worldwide Sdn Bhd.

Susulan itu, bahagian undang-undang MARA dilapor dalam proses pemfailan kebankrapan terhadap Rozita dan anak sulungnya, Ammar Effendy yang gagal membayar pinjaman.

Pada 24 Disember lalu, acara lelongan awam membabitkan 34 barangan milik Rozita dengan jumlah keseluruhan bernilai RM902,012.46 sepatutnya diadakan, namun ditangguh atas permohonan pelakon itu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Diskaun 50 peratus bayaran tol sempena Tahun Baharu Cina

KERAJAAN hari ini bersetuju untuk memberikan potongan tol 50 peratus daripada kadar  biasa sempena perayaan Tahun Baru Cina 2025,...

Lagi Artikel Berkaitan