23 C
Kuala Lumpur
Wednesday, January 15, 2025

Garis panduan pengurusan risiko psikososial dapat sambutan baik

Mesti Baca

JABATAN Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Malaysia telah melaksanakan Seminar Kesihatan Pekerjaan Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Shah Alam, baru-baru ini.

Program tersebut mendapat sambutan baik dengan kehadiran golongan profesional pengurusan sumber manusia, pengamal Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP), dan pemimpin industri.

Sempena seminar tersebut, JKKP Malaysia turut melancarkan Garis Panduan Pentaksiran dan Pengurusan Risiko Psikososial Pekerjaan di Tempat Kerja 2024 yang disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia (Kesuma), Datuk Azman Mohd Yusof.

Hadir sama Timbalan Ketua Setiausaha Dasar dan Antarabangsa Kesuma, Datuk Norison Ramli dan Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Ir Mohd Hatta Zakaria.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Kesihatan Pekerja, JKKP Malaysia, Dr Ahmad Fitri Abdullah Hair berkata, kejayaan acara itu menunjukkan betapa pentingnya memberi keutamaan kepada kesejahteraan mental di samping keselamatan fizikal di tempat kerja.

“Ketersediaan garis panduan ini memastikan organisasi kini mempunyai alat untuk secara proaktif menangani risiko psikososial dan mewujudkan persekitaran yang menyokong pekerja,” katanya dalam kenyataan.

Advertisements

Garis panduan yang komprehensif itu mendapat sambutan positif daripada para peserta melalui alat dan metodologi yang disediakan untuk menilai dan mengurus risiko psikososial secara praktikal. 

“Maklum balas peserta menekankan betapa relevannya garis panduan ini dalam menjadikan tempat kerja yang lebih selamat, sihat, dan produktif,” katanya.

Seminar tersebut menampilkan pembentangan menarik oleh pakar kesihatan mental dan pengamal keselamatan dan kesihatan pekerjaan. 

Naskhah Garis Panduan Pentaksiran dan Pengurusan Risiko Psikososial Pekerjaan di Tempat Kerja 2024 kini boleh didapati secara atas talian di http://www.dosh.gov.my

JKKP Malaysia berkata, pihaknya komited terus menyokong organisasi dalam melaksanakan garis panduan tersebut dan merancangkan mengadakan sesi jerayawara di lima zon di seluruh Malaysia, tahun depan. 

“Pihak Jabatan juga telah menerima permohonan daripada beberapa syarikat penyedia latihan untuk berdaftar dengan Jabatan sebagai pusat latihan untuk melatih Orang Terlatih Psikososial (PTP),” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan SARA disalur kepada 700,000 penerima mulai esok

DALAM usaha berterusan untuk membantu golongan miskin dan miskin tegar, Kerajaan MADANI di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri...

Lagi Artikel Berkaitan