30.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, February 18, 2025

JKKP lancar garis panduan pengurusan psikososial pekerja

Mesti Baca

JABATAN Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Malaysia hari ini melancarkan Garis Panduan Pentaksiran dan Pengurusan Risiko Psikososial di Tempat Kerja 2024.

JKKP dalam satu kenyataan berkata, garis panduan itu bertujuan mengurangkan risiko psikososial di tempat kerja dan mempromosikan persekitaran kerja yang lebih sihat serta menyokong kesejahteraan pekerja.

Katanya, garis panduan itu menyediakan alat dan metodologi praktikal untuk ahli profesional Sumber Manusia dan pengamal Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dalam menilai dan mengurus risiko psikososial dengan berkesan.

“Bagi memudahkan pelaksanaan garis panduan tersebut, JKKP Malaysia menganjurkan seminar khas yang menyasarkan profesional HR dan pengamal KKP. 

“Seminar ini akan memberikan penerangan terperinci mengenai kandungan dan aplikasi garis panduan, serta pandangan daripada pakar kesihatan mental terkemuka dari sektor swasta dan awam. 

“Peserta juga berpeluang terlibat dalam perbincangan dan latihan praktikal mengenai pengurusan risiko psikososial,” kata kenyataan itu hari ini.

JKKP berkata, seminar tersebut akan diadakan pada 26 dan 27 Oktober di SCCC Setia Alam dan kemasukan adalah percuma untuk semua profesional HR dan pengamal KKP. 

Advertisements

Mereka yang berminat boleh mendaftar atau mendapatkan maklumat lanjut di http://kskpkm.com.

JKKP berkata, peningkatan isu psikososial di tempat kerja memerlukan tindakan segera daripada semua pihak berkepentingan. 

“Dengan melengkapkan ahli profesional bersama pengetahuan dan alat yang diperlukan, organisasi dapat mengenal pasti dan mengurangkan faktor tekanan sebelum ia menjadi lebih serius,” katanya.

Selain itu, ia memupuk budaya kerja yang memupuk kesejahteraan pekerja supaya dapat meningkatkan produktiviti dan moral, seterusnya membantu menaikkan pencapaian organisasi.

Dengan mengambil langkah proaktif melalui penerapan garis panduan baharu ini, tempat kerja di Malaysia boleh membuat perubahan signifikan dalam menyokong kesejahteraan pekerja. 

Ini bukan sahaja memberi manfaat kepada individu dan organisasi, tetapi juga menyumbang kepada kesejahteraan ekonomi dan sosial negara. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kepimpinan, pengalaman Siti Fadilah mampu perkasa IRM

KEPIMPINAN dan pengalaman yang dimiliki oleh Siti Fadilah Mohd Hood diyakini mampu memperkasa Islamic Relief Malaysia (IRM) bagi mencapai...

Lagi Artikel Berkaitan