26.6 C
Kuala Lumpur
Monday, December 2, 2024

Intipati Belanjawan 2025 yang dibentangkan Anwar hari ini

Mesti Baca

Editor Edisi 9
Editor Edisi 9
Editor Edisi 9

BERIKUT adalah inti pati Belanjawan 2025 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan di Parlimen hari ini.

Advertisements

Belanjawan 2025 melibatkan peruntukan RM421 bilion iaitu belanjawan tertinggi pernah diumumkan dengan RM335 bilion adalah untuk belanja mengurus, RM86 bilion bagi belanja pembangunan, tidak termasuk RM2 bilion simpanan luar jangka.

  • Cukai Jualan tidak akan dikenakan ke atas barangan makanan asas yang digunakan oleh rakyat.
  • Kerajaan akan terus tanggung subsidi yang dianggar berjumlah RM12 bilion untuk keperluan 85 peratus rakyat.
  • Kerajaan bercadang melaksanakan penyasaran subsidi petrol RON95 pada pertengahan tahun 2025.
  • RM27 juta disediakan kepada Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) untuk terus memecahkan penguasaan kartel.
  • RM60 juta disediakan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia untuk banteras ketirisan wang rakyat.
  • Kerajaan MADANI menunaikan kesepakatan pemimpin terdahulu terkait Perjanjian Malaysia 1963, Sabah dan Sarawak diberi perhatian khusus.
  • Peruntukan pembangunan untuk Sabah RM6.7 bilion, Sarawak RM5.9 bilion.
  • Mulai 2025, kerajaan bercadang menaikkan kadar Pemberian Khas Sarawak dan Sabah sekali ganda kepada RM600 juta.
  • Peruntukan SPRM ditingkatkan kepada RM360 juta ketimbang RM338 juta.
  • Belanjawan 2025 meningkatkan peruntukan Parlimen kepada RM180 juta ketimbang RM166 juta.
  • Lebih 3,000 undang-undang lapuk perlu dikaji semula, kerajaan akan membentuk Pasukan Reformasi Perundangan.
  • Lebih RM60 juta disediakan bagi menaik taraf prasarana kehakiman termasuk pembangunan sistem e-Kehakiman.
  • Rang Undang-undang Iltizam Kecekapan Pentadbiran Awam akan digubal meliputi tiga anjakan besar: mengurangkan birokrasi, mempercepat proses dan meningkatkan kecekapan perkhidmatan.
  • RM25 juta disediakan kepada Pasukan Petugas Khas Reformasi Agensi (STAR).
  • Saluran berpusat akan dibentuk di UTC bagi membantu rakyat susah memohon bantuan merentasi pelbagai agensi.
  • Semua UTC akan dibekalkan dengan Sistem Penggiliran (QMS) supaya rakyat mendapat nombor giliran secara dalam talian.
  • Ikhtiar Kiosk Sentuhan MADANI akan dilaksanakan di kawasan tumpuan ramai.
  • Perkhidmatan bergerak terus diperbanyak dengan peruntukan RM100 juta.
  • Peruntukan keseluruhan RM1 bilion disediakan untuk Ikhtiar Sejati MADANI.
  • Sebanyak 64 daripada 126 pejabat luar negara tidak beroperasi bawah satu bumbung, kerajaan putuskan operasi dipindahkan ke Pejabat Canseri atau digabungkan.
  • Semua ruang dan bangunan kosong milik agensi kerajaan, syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dimanfaatkan untuk tujuan prasekolah.
  • Sebahagian hasil penjualan nombor plat khas disalurkan untuk membantu rakyat susah termasuk menampung bayaran mendapatkan lesen motosikal 15,000 anak muda kurang mampu.
  • Peranan Pusat Respons Penipuan Kebangsaan terus diperhebat dengan peruntukan RM20 juta.
  • Rang Undang-undang Keselamatan Dalam Talian akan digubal bagi mengekang buli siber .
  • Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) akan diberi tambahan perjawatan seramai 100 orang dengan tambahan peruntukan RM10 juta.
  • RM150 juta disalurkan segera kepada Pihat Berkuasa Tempatan dan Jabatan Pengairan dan Saliran untuk mulakan kerja pembersihan longkang dan pengorekan sungai bagi mengatasi banjir kilat.
  • RM600 juta disediakan untuk Agensi Pengurusan Bencana Negara sebagai persiapan mendepani musibah banjir.
  • RM20 juta geran padanan disediakan segera kepada Yayasan GLIC dan GLC untuk memperhebat respons dan penyaluran bantuan kepada mangsa di kawasan terjejas banjir.
  • Hampir RM550 juta disediakan bagi mempergiat promosi dan aktiviti pelancongan menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026.
  • Khazanah menyediakan RM600 juta bagi memelihara Kuala Lumpur sebagai bandar raya budaya dan kreatif.
    — BERNAMA

Advertisements

Terkini

ATPC kembang pasaran perubatan global di Indonesia

AGAPE ATP Corporation (ATPC) mengembangkan pasaran perubatan global di Indonesia menerusi tiga memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani dengan institusi...

Lagi Artikel Berkaitan