25.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Syukur, saya sudah tidak terikat arahan undi DAP – Annuar Musa

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

PEMIMPIN UMNO, TAN Sri Annuar Musa secara sinis melahirkan rasa syukur kerana kini tidak perlu lagi mengikut arahan UMNO mengenai soal mengundi calon DAP dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Bekas Ahli Parlimen Ketereh itu merujuk kenyataan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan bahawa ahli UMNO perlu sedia mengikut arahan parti termasuk mengundi calon DAP yang mewakili Pakatan Harapan (PH).

Annuar membuat sindiran itu dengan memuatnaik pautan laporan sebuah portal berita mengenai kenyataan Ahmad itu semalam.

“Syukur Alhamdulillah……saya tak lagi terikat dengan arahan itu. Nah!.. tu dia akhirnya,” tulisnya di Facebook. 

Advertisements

Semalam, Ahmad berkata, ahli parti perlu mengetepikan sentimen dan sedia untuk memberi undi kepada rakan kongsi untuk mengekalkan  kestabilan kerajaan sedia ada.

“Apabila kita sudah berada dalam Kerajaan Perpaduan, maka kita hendaklah mengikut disiplin parti dengan memastikan arahan parti dituruti.

“Memanglah undi itu rahsia tapi gesaan saya ialah bukan atas nama DAP bukan atas nama parti-parti tetapi atas nama Kerajaan Perpaduan.

“Jadi sentimen-sentimen yang ada pada diri kita hendaklah kita tinggalkan kerana dinamika politik Malaysia ini begitu hebat. Kita lihat apa yang berlaku sudah berlaku dan kita inginkan kestabilan,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan