24.3 C
Kuala Lumpur
Friday, January 17, 2025

Isu harga sayur: Mat Sabu arah pegawai KPKM bertemu petani

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MENTERI dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Mohamad Sabu mengarahkan pegawai KPKM bertemu dengan petani yang terlibat dan mencari jalan untuk membantu menyelesaikan masalah mereka susulan isu penurunan harga sayur.

Katanya, seminggu dua ini beliau ada menerima beberapa aduan tentang penurunan harga beberapa jenis sayur-sayuran dan perkara ini menggusarkan para petani.

“Sehubungan dengan itu, saya telah mengarahkan para pegawai untuk bertemu terus dengan petani yang terlibat dan mencari jalan untuk membantu menyelesaikan masalah mereka.

“Daripada laporan yang saya terima, kebanyakan petani ini tidak mendaftarkan usaha mereka dengan Jabatan Pertanian kerana beberapa sebab.

Advertisements

“Antara sebabnya adalah masalah status tanah yang tidak jelas seperti kes yang berlaku di Jalan Kebun Klang ini.

“Apabila petani tidak berdaftar dengan Jabatan Pertanian di daerah masing-masing, maka banyak maklumat seperti bantuan input pertanian, inisiatif Skim Harga Lantai FAMA serta bantuan khidmat nasihat dan rundingan tidak sampai kepada mereka,”katanya menerusi hantaran di Facebook beliau.

Justeru katanya, beliau menyeru kepada semua petani yang belum berdaftar dengan Jabatan Pertanian supaya segera mendaftarkan usaha mereka bagi memudahkan Kementerian membantu mereka.

“Tidak ada apa yang perlu dibimbangkan kerana Kerajaan Madani sentiasa cakna dan peduli dengan nasib petani di negara ini,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Lima beregu negara melangkah bergaya ke separuh akhir

LIMA beregu negara masing-masing dua beregu lelaki, dua beregu campuran dan satu beregu wanita melangkah bergaya ke separuh akhir...

Lagi Artikel Berkaitan