Wednesday, July 22, 2026

Ya ke, politik jejas sukan? Shahrir sindir Hannah Yeoh

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

VETERAN Umno, Tan Sri Shahrir Samad mempersoal kenyataan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh yang mengaitkan ketidakstabilan politik antara punca kegagalan kontinjen negara di Sukan SEA Kemboja 2023.

Secara sinis, bekas menteri itu menyindir kerajaan Pakatan Harapan (PH) terdahulu kerana memotong peruntukan latihan untuk para atlet atas alasan negara kononnya bankrap.

“Ya ke? Takkanlah politik menjejas prestasi olahragawan olahragawati kita? Mengapa bawa masuk politik ke dalam pusat-pusat latihan, kalau begitu?

“Masa Kerajaan PH 1.0, Lim Guan Eng guna alasan kerajaan kononnya bankrap untuk potong bantuan latihan olahragawan olahragawati kita.

“Masa itu PH kuat tapi DAP tak faham pasal mengurus kerajaan. Bermula dari DAP tak fahamlah tu?,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Semalam Hannah berkata, ketidakstabilan politik negara menyaksikan segala perancangan, peruntukan mahu pun persiapan atlet terjejas disebabkan struktur politik negara yang sering berubah.m. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan