29.2 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Maritim Malaysia tahan bot pam bawa bahan letupan

Mesti Baca

KOTA KINABALU – Sebuah bot pam yang disyaki melakukan kegiatan bom ikan ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) di sekitar perairan barat Tg. Saban, semalam.

Bagaimanapun, dua lelaki yang menaiki bot itu berjaya melarikan diri selepas nekad terjun ke laut setelah dikejar bot  peronda Maritim Malaysia pada kedudukan 0.12 batu nautika barat Tanjung Saban.

Dua bahan letupan yang ditemui dalam bot pam. Foto FACEBOOK MARITIM MALAYSIA

Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah berkata, bot ronda Maritim yang sedang melaksanakan rondaan rutin mengesan sebuah bot pam berwarna kuning dalam keadaan mencurigakan dan bertindak menahan bot terbabit yang disyaki melakukan aktiviti mengebom ikan di sekitar perairan barat Tg. Saban.

Namun katanya, ketika bot ronda maritim cuba menghampiri bot tersebut, bot pam itu telah memecut laju ke arah pantai yang berdekatan dan kelihatan dua orang lelaki dewasa telah bertindak terjun ke laut meninggalkan bot mereka setibanya di kawasan perairan cetek.

“Hasil pemeriksaan lanjut keatas bot tersebut, Kami merampas sebuah bot pam berwarna kuning, sebuah enjin pam, sebuah kompressor, satu gulung hos menyelam, 2 botol bom ikan dan cermin mata menyelam.

“Bot pam terbabit ditahan dan dibawa masuk ke Jeti Maritim Sepanggar dan diserahkan kepada Pegawai Penyiasat untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Advertisements

Mengulas lanjut, Mohd Rosli mengingatkan komuniti maritim agar tidak melakukan aktiviti menangkap ikan menggunakan bom kerana aktiviti itu bukan sahaja salah disisi undang-undang malah ianya membawa kesan negatif kepada ekosistem laut dan membahayakan nyawa si perlaku serta mereka yang sedang melakukan aktiviti menyelam.

Menurutnya, kes disiasat mengikut seksyen 26, Akta Perikanan 1965 iaitu menangkap ikan menggunakan bahan letupan, racun dan sebagainya. 

“Jika didapati bersalah boleh dikenakan denda dibawah Seksyen 25 (a) dimana jika vesel yang berkenaan itu ialah vesel penangkapan asing atau orang berkenaan itu ialah rakyat negara asing boleh dikenakan denda tidak melebihi enam juta ringgit setiap seorang bagi pemunya atau nakhoda, dan enam ratus ribu ringgit bagi tiap-tiap kru.

“Untuk warga tempatan, ianya tertakluk kepada Seksyen 25 (b) iaitu denda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya,” katanya.

Beliau menambah, segala aduan dan laporan mengenai salah laku jenayah laut boleh dilaporkan kepada Maritim Malaysia melalui talian telefon ke Bilik Operasi Maritim Negeri Sabah dan W. P Labuan ditalian 088-387774.

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan