24.8 C
Kuala Lumpur
Friday, February 3, 2023

MT UMNO perlu terima keputusan bahagian tolak kerjasama dengan Bersatu – Nazri

Mesti Baca


KUALA LUMPUR – Majlis Tertinggi (MT) UMNO perlu menerima keputusan 143 bahagian parti itu yang memutuskan untuk menolak kerjasama dengan Parti Bersatu.

Ketua UMNO Bahagian Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menegaskan tidak ada sebab untuk MT UMNO tidak menerima usul tersebut kerana ia adalah suara akar umbi parti yang sangat jelas menolak kerjasama dengan parti yang diterajui Tan Sri Muhyiddin Yassin itu.

“Saya amat berpuashati dengan kenyataan Presiden UMNO bahawa kita perlu mendengar suara akar umbi UMNO. Tetapi di ayat akhir kenyataan beliau mengatakan terpulang kepada MT UMNO untuk menerima atau tidak.

”Pada saya, MT UMNO tidak ada hak lagi untuk membuat pertimbangan, MT UMNO kena terima suara akar umbi,” katanya seperti dilaporkan Astro AWANI.

Baca juga:   Banjir: 53 terkorban, tiga masih hilang

Beliau yang juga Ahli Parlimen Padang Rengas menolak dakwaan sesetengah pihak yang menyatakan usul tersebut dibuat tanpa mengambil kira pandangan akar umbi dan membuat kajian terlebih dahulu.

“Macam di bahagian saya di Padang Rengas, akar umbi yang suarakan supaya tidak bekerjsama dengan Bersatu. Ia bukan keputusan yang pemimpin bahagian pandai-pandai nak buat,” katanya lagi.

Semalam Presiden UMNO Datuk Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi berkata, 143 dari 191 bahagian UMNO mengusulkan untuk tidak bekerjasama dengan Bersatu pimpinan Muhyiddin pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15)
Katanya, perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO Rabu ini.

Baca juga:   Peningkatan kes Covid-19 telah dijangka - Noor Hisham

Wartawan

Terkini

Cerun runtuh: Jalan depan Balai Polis Senawang ditutup sementara

JALAN Persiaran Senawang 3 (N035) berhadapan Balai Polis Senawang, ditutup sementara kepada semua jenis kenderaan akibat cerun runtuh di...

Lagi Artikel Berkaitan