24.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Ahmad Jazlan ‘tunai janji’ letak jawatan Pengerusi MPOB

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Pengerusi UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub hari ini mengumumkan peletakan  jawatannya sebagai Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) berkuat kuasa 6 Januari 2021. 

Ironinya, peletakan jawatan Ahli Parlimen Machang itu dibuat tidak lama selepas Ahmad Jazlan mengancam untuk berbuat demikian sekiranya kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak meminta perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen.

Dalam satu kenyataan, Ahli Parlimen Machang itu berkata, beliau sudah menghantar surat peletakan jawatannya kepada Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali sebentar tadi.

“Pada hari ini, 4 Januari 2021 jam 4 petang, saya telah menghantar surat perletakan jawatan saya sebagai Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) yang berkuatkuasa mulai 6 Januari 2021,” katanya, hari ini.


Ahmad Jazlan pada masa sama merakamkan penghargaan terima kasih beliau kepada Mohd Khairuddin di atas kepercayaan yang telah diberikan sepanjang perkhidmatan beliau sebagai Pengerusi MPOB.

“Saya juga menghargai segala kerjasama yang telah diberikan oleh Ahli Lembaga, Pengurusan dan seluruh warga MPOB di sepanjang perkhidmatan saya bersama agensi ini.


“Di doakan semoga MPOB terus maju dan berdaya saing dengan membantu rakyat yang terlibat dengan komoditi sawit termasuk pemegang taruhnya,” tambahnya.


Memetik laporan Astro Awani, Ahmad Jazlan memberi tempoh sehingga hujung bulan ini bagi kerajaan membubarkan Parlimen.

Advertisements

Beliau juga mahu menzahirkan pendirian tidak bersedia berkerjasama dengan kerajaan PN.

“Sudah pasti saya ada maruah, saya ada prinsip. Saya tidak mahu hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong.

“Kalau saya tarik diri saya akan sertakan sekali (surat) peletakan jawatan. Saya tidak pentingkan jawatan, saya pentingkan maruah,” katanya.

Ahmad Jazlan berkata, jawatan pengerusi MPOB adalah “kuota” bagi Ahli Parlimen yang menyokong kerajaan PN

“Namun sekiranya UMNO membuat keputusan untuk memutuskan hubungan dengan kerajaan PN, maka jawatan itu perlu dikembalikan, katanya.

Jazlan dilantik sebagai pengerusi MPOB pada 8 Apr tahun lepas bagi menggantikan Mohd Bakke Salleh yang berkhidmat sehingga 31 Mac 2020.

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan