36 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Lanjutan moratorium bukannya penstrukturan dan penjadualan pinjaman semula – Ahmad Zahid

Mesti Baca


KUALA LUMPUR – Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggesa Kementerian Kewangan serta Bank Negara dapat mengeluarkan arahan jelas kepada institusi kewangan bagaimana moratorium harus dilaksanakan selepas banyak bank mengamalkan kaedah penstrukturan dan penjadualan semula (R&R) ke atas peminjam ketika ini.

Contoh R&R dialami seorang peminjam yang kini tular di media sosial.

Presiden UMNO itu berkata, adalah tidak wajar bagi institusi kewangan mengaut sebarang keuntungan tambahan dalam bentuk apa-apa fi atau caj bunga ke atas baki pinjaman atas apa alasan sekali pun. 

Menurutnya, kerajaan juga perlu segera menyiasat laporan yang mengatakan terdapat institusi kewangan mengambil kesempatan atas nama penangguhan pembayaran pinjaman tanpa melaksanakan moratorium sebaliknya R&R.

Katanya, bank akan memberi penundaan pembayaran pinjaman untuk tempoh beberapa bulan tetapi kemudian memanjangkan tempoh pembayaran yang akhirnya memberi keuntungan kepada pihak kreditor. 

“Saya percaya lanjutan moratorium ini akan dapat digunakan sebaiknya oleh rakyat bagi menampung serba sedikit kekurangan tunai mereka dan secara tidak langsung, meningkatkan aliran tunai dalam pasaran. 

“Sektor perbankan tidak akan mengalami krisis sekiranya perintah perlanjutan moratorium dilaksanakan, ini kerana sektor perbankan di negara kita bukan sahaja masih mengaut keuntungan besar pada tahun lalu, malah sektor perbankan di Malaysia juga berada dalam kedudukan ketahanan modal yang ampuh (well capitalised) dalam mengharungi krisis ini,” katanya di Facebook hari ini.

Kata Ahmad Zahid, sejak dari awal perlaksaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lagi beliau dan pemimpin-pemimpin UMNO yang lain sudah beberapa kali memberi saranan supaya Kerajaan melaksanakan langkah-langkah perlu bagi mengurangkan tekanan ekonomi yang dialami oleh rakyat ketika ini. 

Malah katanya, dalam surat beliau selaku Presiden UMNO kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini juga menekankan agar perihal ekonomi rakyat dijadikan keutamaan dan diberi perhatian penuh oleh Kerajaan.


“Dalam keadaan sekarang ini, bukan hanya golongan B40 sahaja yang terkesan, tetapi juga golongan M40. Ramai yang terjejas pendapatan, dan ada yang terpaksa menambah komitmen bagi berhadapan dengan norma baharu dalam pelbagai perkara.

 “Justeru langkah yang paling cepat impaknya bagi mengurangkan bebanan mereka adalah lanjutan moratorium secara automatik dan ianya haruslah tidak mengandungi syarat-syarat terselindung, tidak kira lah sama ada kepada peminjam peribadi ataupun perniagaan kecil dan sederhana,” tambahnya.

 Semenjak dari awal perlaksaan PKP lagi saya dan pemimpin-pemimpin UMNO yang lain sudah beberapa kali memberi saranan supaya Kerajaan melaksanakan langkah-langkah perlu bagi mengurangkan tekanan ekonomi yang dialami oleh rakyat ketika ini. Malah dalam surat saya selaku Presiden UMNO kepada YAB Perdana Menteri sebelum ini juga saya tekankan agar perihal ekonomi rakyat dijadikan keutamaan dan diberi perhatian penuh oleh Kerajaan. Dalam keadaan sekarang ini, bukan hanya golongan B40 sahaja yang terkesan, tetapi juga golongan M40. Ramai yang terjejas pendapatan, dan ada yang terpaksa menambah komitmen bagi berhadapan dengan norma baharu dalam pelbagai perkara.  Justeru langkah yang paling cepat impaknya bagi mengurangkan bebanan mereka adalah lanjutan moratorium secara automatik dan ianya haruslah tidak mengandungi syarat-syarat terselindung, tidak kira lah sama ada kepada peminjam peribadi ataupun perniagaan kecil dan sederhana. Di sini, saya selaku Presiden UMNO menyeru agar pihak Kementerian Kewangan serta Bank Negara dapat mengeluarkan arahan jelas kepada institusi kewangan bagaimana moratorium ini harus dilaksanakan. Adalah tidak wajar bagi institusi kewangan mengaut sebarang keuntungan tambahan dalam bentuk apa-apa fi atau caj bunga ke atas baki pinjaman atas apa alasan sekalipun.  Kerajaan juga perlu segera menyiasat laporan yang mengatakan terdapat institusi kewangan mengambil kesempatan atas nama penangguhan pembayaran pinjaman tanpa melaksanakan moratorium tetapi menawarkan penjadualan semula pinjaman atau penstrukturan semula pinjaman (R&R rescheduling and Restructuring) dengan memberi penundaan pembayaran pinjaman untuk tempoh beberapa bulan tetapi kemudian memanjangkan tempoh pembayaran yang akhirnya memberi keuntungan kepada pihak kreditor.  Saya percaya lanjutan moratorium ini akan dapat digunakan sebaiknya oleh rakyat bagi menampung serba sedikit kekurangan tunai mereka dan secara tidak langsung, meningkatkan aliran tunai dalam pasaran. 
Sektor perbankan tidak akan mengalami krisis sekiranya perintah perlanjutan moratorium dilaksanakan, ini kerana sektor perbankan di negara kita bukan sahaja masih mengaut keuntungan besar pada tahun lalu, malah sektor perbankan di Malaysia juga berada dalam kedudukan ketahanan modal yang ampuh (well capitalised) dalam mengharungi krisis ini. https://www.bnm.gov.my/fsr-2020
AHMAD ZAHID HAMIDI

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan