25 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 1, 2022

17 MPV polis kejar ‘tokan’ dadah

Mesti Baca


JOHOR BAHRU – Bak filem Hollywood, kedegilan seorang lelaki tempatan yang disyaki mengedar dadah menghentikan kenderaannya, menyaksikan 17 kereta peronda polis (MPV) dikerah bagi mengejar kereta suspek yang melarikan diri itu sebelum dia ditahan di Kilometer 58, Lebuhraya Utara Selatan arah utara, di sini, semalam.

Memetik Harian Metro, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS) Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain berkata, lelaki berusia 45 tahun yang memandu Toyota Altis itu ditahan di susur keluar Simpang Renggam, Kluang pada pukul 8 malam.

17 MPV Polis dikerah menahan kereta suspek. Foto FACEBOOK

Katanya, pemeriksaan dalam kenderaan yang dipandu suspek turut menjumpai sejumlah dadah disyaki syabu dan pil ekstasi.

“Jumlah keseluruhan rampasan dadah dianggarkan bernilai RM50,000.

“Kejadian berlaku ketika anggota polis dari Cawangan MPV Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) JBS melakukan tugas ronda cegah jenayah dan Kawalan Pergerakan Covid-19.

“Semasa rondaan di Jalan Lembing, Taman Sri Tebrau pada jam 7.15 malam, mereka melihat sebuah kereta berwarna putih dalam keadaan mencurigakan.

“Anggota polis bertindak mengarahkan suspek memberhentikan kenderaan namun suspek bertindak memecut bagi tujuan melarikan diri ke arah Jalan Kasa dan keluar ke Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Timur Johor (EDL) dengan memandu dalam keadaan berbahaya,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Baca juga:   Saya dalam keadaan baik - Hishammuddin

Menurutnya, dalam kejadian terbabit, anggota polis itu dibantu oleh anggota polis dari Cawangan MPV dengan membabitkan 17 kereta peronda polis dari lima daerah.

Baca juga:   Hantaran 'lucu' IPD puji orang Kemaman bantu tangkap 'tokan'

“Ia membabitkan lapan MPV dari IPD JBS, lima MPV IPD Johor Bahru Utara serta masing-masing sebuah MPV dari IPD Iskandar Puteri, IPD Kulai dan IPD Kluang serta dari Peronda Lebuhraya.

“Polis berjaya menahan suspek di Kilometer 58, Lebuhraya Utara Selatan arah utara. Hasil semakan mendapati kenderaan yang digunakan suspek didaftarkan atas nama syarikat kereta sewa.

“Semakan rekod jenayah mendapati suspek mempunyal beberapa rekod jenayah dan kes dadah. Suspek ditahan reman selama tujuh hari hingga 2 Februari depan,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Terkini

MKT UMNO putuskan PRU-15 mesti diadakan tahun ini

MAJLIS Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam ini memutuskan agar pembubaran Parlimen hendaklah diadakan dalam masa terdekat bagi membolehkan Pilihan...

Lagi Artikel Berkaitan