26 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Dr Radzi dedah cabaran guru semasa PdPR

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Menteri Kanan Pendidikan, Dr Radzi Jidin hari ini mendedahkan cabaran yang dihadapi guru di seluruh negara dalam menjayakan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) berikutan penularan Covid-19 ketika ini.

Beliau berkata, sepertimana yang dijelaskan dalam manual PdPR Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), PdPR tidak terhad kepada kaedah dalam talian yang mana guru boleh menetapkan pelbagai kaedah PdPR luar talian yang bersesuaian untuk murid mereka. 

Menurutnya, KPM memahami bahawa murid-murid di seluruh negara merangkumi pelbagai latar belakang sosioekonomi dan antara kaedah luar talian yang digunakan ialah penyerahan modul pembelajaran atau latihan kepada murid. 

Katanya,  murid melaksanakan PdPR dengan menyiapkan modul yang diberikan dan menghantar semula kepada guru untuk diperiksa sebelum guru akan menyerahkan modul yang berikutnya.

“Modul diserahkan kepada murid melalui pelbagai pendekatan. Ada sekolah yang menggunakan kaedah pandu lalu untuk penyerahan modul. Ramai juga guru yang menghantar sendiri modul ke rumah murid. 

“Bahkan, saya dimaklumkan guru SMK Pulau Gaya menaiki bot untuk menghantar bahan pembelajaran kepada murid mereka. 

Advertisements

“Sama ada secara dalam talian mahupun di luar talian, kesungguhan guru untuk menyampaikan ilmu kepada anak didik tiada tolok bandingnya. Terima kasih, Cikgu!,” katanya dalam catatan Facebook hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Radzi mengucapkan setinggi penghargaan atas sokongan dan dokongan yang diberikan ibu bapankepada guru sepanjang tempoh yang mencabar ini.

Pandemik Covid-19 ujarnya muncul tanpa diduga dan telah memberi kesan mendalam kepada sektor pendidikan di seluruh dunia. 

“Walau apa pun cabaran, KPM akan terus berusaha gigih untuk memberikan yang terbaik kepada generasi pewaris negara. 

“Kami tidak sempurna tetapi kami cakna dan sentiasa ikhlas berusaha. Marilah kita bersatu hati untuk lakukan yang terbaik demi masa depan anak-anak kita. Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni,” tambahnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Pemuda UMNO gesa ‘haramkan’ Prof Gilley masuk Malaysia

PEMUDA UMNO Malaysia hari ini mendesak kerajaan mengharamkan seorang ahli akademik pro-zionis Israel, Bruce Gilley daripada memasuki negara ini. Ketuanya,...

Lagi Artikel Berkaitan