31.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, March 29, 2023

Kenaikan harga besi beri impak negatif terhadap pemaju, rakyat

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Kenaikan harga bahan asas dalam industri pembinaan terutama besi menyebabkan ramai kontraktor dan pemaju bergelut dengan kesulitan kewangan sekali gus bakal menyumbang kepada lambakan projek terbengkalai di negara ini.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau terbaca keluhan Guild of Bumiputera Contractors Berhad (WIBAWA) berhubung kenaikan harga bahan asas dalam industri pembinaan terutama bahan besi.

Menurutnya, kenaikan antara 30 hingga 40 peratus itu didakwa akan memberi impak negatif bukan saja terhadap kontraktor dan pemaju, tetapi juga rakyat.

“Saya berasa bimbang kemelut ini jika tidak diberi perhatian serius oleh kerajaan akan menyebabkan harga rumah terus meningkat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ahmad Zahid dalam pada itu berkata, impak kenaikan harga bahan asas dalam industri pembinaan itu turut memberi kesan kepada industri hiliran, kecil dan sederhana.

Justeru katanya, pihak berkuasa dalam negara dan pemain industri perlu duduk bersama berbincang bagi mencari situasi menang-menang demi kepentingan rakyat.

Dalam kenyataan media semalam, Pengerusi WIBAWA, Datuk Ir Md Nasir Ibrahim berkata, kenaikan harga bahan asas dalam industri binaan terutamanya harga besi menambah tekanan kepada kontraktor yang sebelum ini terjejas teruk akibat Covid-19.

Baca juga:   Pakej Rahmah Haji tawar harga bawah RM50,000 seorang
AHMAD ZAHID HAMIDI

Harga besi yang naik sehingga 30 ke 40 peratus menyebabkan projek sedia ada terjejas dan pemaju tidak mampu untuk menanggung kerugian besar disebabkan kenaikan tersebut.

Baca juga:   Kemasukan hospital pesakit COVID-19 meningkat 22 peratus

Katanya, buat masa ini mereka terpaksa menghentikan pembelian sehingga keadaan kembali normal dan harga tidak lagi membebankan.

“Hal demikian bakal menimbulkan lambakan projek terbengkalai dan projek sakit kerana harga tawaran tender tidak lagi relevan dengan harga binaan semasa.

“Secara realistik, kenaikan harga bahan binaan yang mendadak tidak harus terjadi secara mengejut kerana kos serta margin syarikat pembuatan tidak begitu terjejas.

“Ini kerana permintaan yang tinggi daripada sektor dan industri lain yang dibenarkan beroperasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya.

Ujarnya, kesan kenaikan harga bahan asas itu menyebabkan kontraktor dan pemaju secara terbuka menyatakan ingin mengkaji semula harga rumah, perkhidmatan dan produk mereka.

“Ia sekali gus menimbulkan persepsi tidak baik dalam pasaran hartanah.

“WIBAWA telah menghantar surat kepada beberapa kementerian dan agensi supaya dapat memantau situasi kenaikan mendadak harga bahan besi berkenaan.

“Selain itu kami juga menyokong usaha dan cadangan daripada persatuan kontraktor lain berkenaan isu ini dan berharap pihak yang berwajib dapat memperhalusinya.

“Ia bagi memastikan daya maju kontraktor dan pemaju khususnya bumiputera tidak terjejas ketika tempoh PKP dan penularan Covid-19 di dalam negara,” tambahnya.

Baca juga:   Bot nelayan asing ceroboh perairan Malaysia

Wartawan

Terkini

RUU Kesalahan Seksual Kanak-kanak dilulus

RANG Undang-Undang Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak (Pindaan) 2023 yang bertujuan memberikan perlindungan lebih jitu kepada kanak-kanak, diluluskan di Dewan...

Lagi Artikel Berkaitan