25.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

Ustaz Ebit terima 43,000 permohonan tab dalam separuh hari

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew (UEL) mendedahkan beliau menerima 43,000 mesej bersamaan 43,000 orang yang memerlukan tab untuk keperluan pembelajaran kelas dalam talian.

Kata UEL, permohonan itu diterima dalam tempoh separuh hari sahaja selepas beliau membuka tawaran untuk memberikan 100 unit tab kepada pelajar memerlukan, semalam.

“Sayu rasa hati. Dalam separuh hari sahaja 43 ribu mesej atau 43 ribu orang perlu tab untuk anak belajar.

“Ramai juga yang OKU (orang kurang upaya) tiada pekerjaan, anak yatim piatu, kerja gaji kecil. Semua bangsa ada dari semua negeri,” katanya dalam catatan Facebook beliau hari ini.

Ustaz Ebit Lew menawarkan 100 unit tab kepada pelajar memerlukan semalam.

UEL dalam catatan Facebook semalam berkata, beliau baru membeli 100 unit tab untuk dihadiahkan pada pelajar yang memerlukan untuk kelas online

Siapa benar-benar perlu boleh menghubunginya di talian 0175870294. 

Dalam hantaran sama, UEL mendedahkan, beliau menerima permintaan 8,000 unit kerusi roda selain ambulans dan van jenazah.

“Maafkan saya yer tidak dapat membantu ramai lagi. Maafkan saya. Semoga Allah ampunkan dosa saya.

“Ya Allah siapa sahaja yang benar-benar memerlukan permudahkanlah. Lapangkanlah buat saudaraku semua. Semoga menjadi asbab kebaikan dan hidayah,” tambahnya.

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan