24.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Kelas KAFA D’HIJRAH bermula 1 Februari – Dr Zulkifli

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Rancangan Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di saluran TV AlHijrah atau KAFA D’HIJRAH akan bermula pada 1 Februari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri membuat pengumuman itu menerusi ciapan di akaun Twitter rasminya, hari ini.

Beliau memberikan reaksi kepada persoalan pengikutnya di Twitter berhubung tarikh sebenar siaran slot KAFA berkenaan.

Baru-baru ini, Zulkifli memaklumkan TV AlHijrah dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memperkenalkan slot KAFA TV AlHijrah bagi memudahkan pendidikan agama untuk pelajar.

Penerbitan program itu juga kerana kekhuatiran murid KAFA tercicir pelajaran disebabkan tidak mempunyai telefon pintar, komputer riba atau komputer di rumah selain masalah capaian Internet. 

Mengulas lanjut kenyataan Dr Zulkifli, Ketua Pegawai Eksekutif Al Hijrah Media Corporation, Namanzee Harris berkata, slot kelas berkenaan bertujuan mengatasi permasalahan kelas dalam talian bagi murid dan pelajar sekolah terutama kepada keluarga (B40) yang mempunyai capaian internet yang terhad.

Advertisements

Menurutnya, menerusi tayangan tersebut, murid dan pelajar boleh tonton rancangan kelas KAFA pada setiap hari selama setengah jam manakala siaran ulangan juga ditayangkan pada hari sama bagi subjek tersebut.

“Kelas KAFA TVAH akan ditayangkan dari Isnin hingga Ahad pada pukul 4.30 petang dengan siaran ulangan hari sama pada pukul 630 petang,” katanya.

Namanzee berkata, subjek yang disiarkan adalah mengikut hari-hari tertentu.

Menurutnya, pada hari Isnin adalah bagi subjek Akidah dan Ibadah; Selasa Sirah;Rabu Jawi dan Khat manakalaKhamis bagi subjek Adab.

“Jumaat pula Lughatul Quran; Sabtu penghayatan cara hidup Islam danAhad amali solat dan bidang Quran,” tambahnya.

Advertisements

Terkini

MasChain perkenal ekosistem teknologi ‘blockchain’ di Malaysia

SYARIKAT pakar teknologi blockchain, Masverse Sdn. Bhd. melancarkan MasChain, platform transformatif yang direka untuk merevolusikan ekosistem digital bagi kerajaan,...

Lagi Artikel Berkaitan