24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

281 etnik Rohingya di Aceh larikan diri ke Malaysia

Mesti Baca


BANDA ACEH – Seramai 281 etnik Islam Rohingya yang ditempatkan di pusat penempatan sementara di BLK Lhokseumawe, Aceh dilapor telah melarikan diri ke Malaysia menggunakan bantuan pihak ketiga.

Memetik laporan Kompas.com, sebanyak 396 orang etnik Rohingya ditempatkan di BLK Lhokseumawe berdasarkan rekod dua pendaratan mereka di Aceh Utara (99 orang) dan Kota Lhokseumawe (297 orang).

Dari jumlah itu, 281 orang melarikan diri manakala 3 orang meninggal dunia.

Ketika ini hanya tinggal 112 orang etnik Rohingya di pusat penempatan sementara itu.

Perkara tersebut didedahkan oleh Public Relations Officer UNHCR Indonesia, Mitra Suryono baru-baru ini.

“Mereka meninggalkan pusat itu tanpa pengetahuan petugas. Mereka menggunakan jasa pihak ketiga untuk menyeberang ke Malaysia, kerana sejak awal memang tujuan mereka adalah ke Malaysia,” kata Mitra.

Advertisements

Mitra berkata, UNHCR telah memberi peringatan akan bahaya menggunakan bantuan pihak ketiga untuk memasuki negara lain.

Ini kerana ia berpotensi menyumbang kepada perbuatan jenayah dan perkara buruk lain. 

“Kami ingatkan selalu agar mereka tidak meninggalkan pusat penempatan ini. Tetap berada di kem ini sementara menunggu opsyen terbaik untuk mereka,” kata Mitra.

Terdahulu, media melaporkan sejumlah orang telah ditangkap dalam kes membawa keluar warga Rohingya ke Malaysia.

Mereka kini ditahan di Balai Polis Bireuen,  Balai Polis Lhokseumawe dan Balai Polis Aceh Tamiang.

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan