25.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Bob Lokman akui kesal jadi perokok tegar

Mesti Baca


KUALA LUMPUR – Pernah menjadi perokok tegar ketika usia muda, pelakon dan penulis lirik terkenal, Bob Lokman, 56, mengakui kesal dengan tabiat itu yang mengakibatkannya kini ‘terjerumus’ dengan masalah kesihatan.

Bob atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman selamat menjalani pembedahan bagi membetulkan degupan jantung iaitu Cardiac Resynchronization Therapy & Defibrillator (CRTD) awal Disember lalu.

Bob Lokman dikunjungi Ustaz Ebit Lew selepas menjalani Pembedahan penghujung tahun lalu.

Pembedahan itu dilaksanakan dengan kos kira-kira RM60,000 di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah.

Bob berkata, jika dia tidak mengamalkan tabiat menghisap rokok dulu, pasti tahap kesihatan jantungnya masih kekal sehingga 100 peratus.

“Ketika muda saya memang banyak menghisap rokok. Bayangkanlah macam mana nak hidup sihat. Akhirnya, jadilah macam ini dan saya kira ia salah satu sebab saja,” katanya yang dipetik Harian Metro.

Advertisements

Bob berkata, luahannya itu bukan untuk diri sendiri, tetapi dia turut melihat keadaan sama yang berlaku kepada rakan-rakannya yang sakit mahu pun sudah meninggal dunia.

“Sesiapa ada sejarah dengan rokok, saya tahu macam mana sifatnya orang yang merokok ini. Sama macam sayalah yang banyak hisap rokok dahulu, akhirnya memang beri kesan kepada kesihatan diri.

“Tak mudah sebenarnya nak berhenti merokok. Jika boleh berhenti pun sekejap pada bulan Ramadan, tapi lepas saja berbuka puasa mesti akan ‘qada’ rokok itu lebih lagi,” katanya.

Bob berkata, dia kini bersyukur kerana kesihatannya makin stabil, sihat dan beransur pulih.

Katanya, hasil pemeriksaan doktor sebanyak empat kali setakat ini memaklumkan tahap penggunaan jantungnya itu sudah naik melebihi 30 peratus.

Advertisements

Terkini

Zahid, Muhyiddin sepakat batal saman, henti pertikaian peribadi

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat...

Lagi Artikel Berkaitan