32.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Bob Lokman meninggal dunia

Media sebelum ini melaporkan penulis lirik itu bergantung nyawa pada jantung kombinasi bateri iaitu alat bantuan jantung, Implantable Automatic Cardioverter Defibrilator (IADC).

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PENULIS lirik terkemuka tanah air yang juga pelakon terkenal, Bob Lokman, 58, meninggal dunia akibat komplikasi jantung, pukul 3 petang tadi.

Bob Lokman atau nama sebenarnya, Mohd. Hakim Lokman meninggal dunia di kampung halamannya di Kubang Kerian.

Beliau meninggalkan seorang balu, Relawati Daud dan tujuh anak.

Jenazah dibawa ke Hospital Kubang Kerian untuk dimandikan, seterusnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pulau Hilir, Kubang Kerian selepas solat Isyak.

Allahyarham dilahirkan pada 1964 di Kubang Kerian, turut dikenali sebagai pelakon dan pengacara sejak 1988. Antara filem dan drama lakonannya adalah Pi Mai Pi Mai Tang Tu, 2+1.com.my dan Tentang Bulan Series.

Beliau membintangi filem pertama, Yes Tuan pada 1996, disusuli Iskandar (2003), Jin Notti, Santau (2009), Zoo, Mantra (2010) dan Sekali Lagi (2011).

Bob Lokman juga adalah antara komposer dan penulis lirik hebat serta pernah menghasilkan lirik lagu popular, Isabella nyanyian kumpulan Search.

Lagu Isabella nyanyian kumpulan Search pernah diangkat sebagai pemenang utama pada Anugerah Juara Lagu terbitan TV3 pada tahun 1989.

Bermula Februari 2011, Bob mula menyertai dunia politik selepas menyerahkan borang menjadi ahli rasmi PAS.

Media sebelum ini melaporkan penulis lirik itu bergantung nyawa pada jantung kombinasi bateri iaitu alat bantuan jantung, Implantable Automatic Cardioverter Defibrilator (IADC).

-EDISI9

Terkini

PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH/BN wakili kerajaan perpaduan

CALON Pakatan Harapan/Barisan Nasional (PH/BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu akan mewakili...

Lagi Artikel Berkaitan