28.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 5, 2022

Najib selesai rawatan di HRC, kembali ke penjara Kajang

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, diberi pelepasan untuk hantar semula ke Penjara Kajang selepas menjalani pemeriksaan dan rawatan di Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC).

Perkara itu disahkan HRC melalui satu kenyataan, bahawa pihaknya memberikan pelepasan perubatan dan membenarkan Najib dihantar semula ke Penjara Kajang.

Katanya, bekas Perdana Menteri itu menjalani beberapa pemeriksaan dan rawatan rehabilitasi sepanjang tempoh ditempatkan di fasiliti berkenaan.

Mengulas lanjut, HRC memaklumkan pakar perubatan rehabilitasi HRC mendapati tahap kesihatan Najib kini dalam keadaan yang baik.

“Beliau (Najib) juga diberikan tunjuk ajar oleh Jurupulih Perubatan Fisioterapi HRC dan boleh menjalankan latihan teknik senaman secara kendiri.

“Pakar perunding berkaitan juga mengadakan sidang keluarga bersama beliau dan ahli keluarga terdekat, di mana mereka dimaklumkan situasi terkini keadaan kesihatan serta pelan pemantauan kesihatan beliau.

Baca juga:   Agong zahir RUU Kawalan Produk Tembakau usaha murni

“Pakar perunding perubatan dari Hospital Kuala Lumpur dan HRC telah memberikan pelepasan perubatan dan membenarkan beliau dihantar semula ke Penjara Kajang,” katanya lapor BH Online.

Kenyataan HRC itu merujuk kenyataan Jabatan Penjara Malaysia dan Kementerian Kesihatan (KKM) berkenaan keadaan Najib yang mendapatkan rawatan rehabilitasi serta pemantauan lanjut di premis terbabit sebelum ini.

Dalam pada itu, HRC berkata, bersesuaian matlamatnya, pihaknya akan terus komited dan telus memberikan perkhidmatan bagi memastikan pesakit dirawat di fasiliti terbabit dapat mencapai tahap potensi yang optimum dan membolehkan seseorang individu mencapai tahap kefungsian yang maksimum.

Baca juga:   VTL ke Thailand, Kemboja mulai 15 Mac - Ka Siong

Wartawan

Terkini

KPM terus laksana penambahbaikan sistem pentaksiran, penilaian murid

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa melaksanakan penambahbaikan kepada sistem pentaksiran dan penilaian murid seiring dengan keperluan semasa. Menteri Kanan...

Lagi Artikel Berkaitan