30.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, September 29, 2022

Sukma 2022: Onn Hafiz kalung pingat emas ke-70 buat Johor

Atlet angkat berat, Sonia Cassendra Masne menghadiahkan emas ke-70 buat Johor selepas mengungguli kategori atas 81 kg wanita dengan angkatan keseluruhan 208kg.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

DETIK-detik bersejarah buat kontinjen Johor dalam temasya Sukan Malaysia (Sukma) MSN 2022 apabila sasaran pertama 70 pingat emas dalam temasya berkenaan berjaya dicapai sehari sebelum temasya berkenaan melabuhkan tirainya.

Atlet angkat berat, Sonia Cassendra Masne menghadiahkan emas ke-70 buat Johor selepas mengungguli kategori atas 81 kilogram (kg) wanita dengan angkatan keseluruhan 208kg.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi meluahkan kesyukuran dan ucapan tahniah berkenaan dalam facebook rasminya hari ini.

“Syukur Alhamdulillah. Saya telah mengkalungkan pingat emas yang ke-70 buat negeri Johor kepada saudari Sonia dalam acara angkat berat!

“Tahniah atlet-atlet dan kontinjen Johor! Terus mengharumkan negeri Johor,” kongsinya.

Baca juga:   Dapat suami kaki pukul? Ini yang patut dilakukan oleh si isteri!

Terdahulu, kontijen Johor memperbaharui sasaran pingat daripada 70 pingat emas ke 80 emas berikutan prestasi baik dari atlet negeri berkenaan dalam SUKMA 2022.

Ketua Kontinjen Johor, Datuk Mohamad Najib Samuri dilaporkan berkata, sekiranya sasaran lebih 80 emas itu berjaya direalisasikan, ia akan menyaksikan negeri dari selatan itu mencipta rekod baharu temasya sebagai negeri paling banyak memenanginya sejak diperkenalkan pada 1986.

“Kalau kami berjaya melepasi 80 emas, kami akan cipta rekod baharu. Bukan sesuatu yang mustahil dan saya percaya atlet akan terus berjuang sehingga hari terakhir, esok.

Untuk rekod, Johor tidak pernah muncul juara keseluruhan Sukma sejak diperkenalkan pada 1986 dengan pencapaian terbaik adalah mengakhiri saingan di kedudukan kedua keseluruhan pada 1992 ketika menjadi tuan rumah dengan mengutip 20 emas.

Baca juga:   Sukma 2022: Sultan Johor ucap tahniah

-EDISI9

Terkini

Tiba masa Kertih miliki pihak berkuasa tempatan sendiri!

BAHAGIAN KEDUA (AKHIR) SAYA meninggalkan kampung halaman saya, Kertih lebih daripada 30 tahun, melanjutkan pelajaran dan kemudian bekerja di ibu...

Lagi Artikel Berkaitan