28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Harga cili merah turun 17 peratus sekilogram

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Harga cili merah di pasaran menunjukkan penurunan sebanyak 17 peratus selepas mengalami kenaikan sehingga RM23 sekilogram bulan lalu. 

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, hasil pemeriksaan mengejut di Pusat Pengumpulan Sayur (jenis Cili Merah) di Telok Panglima Garang, Selangor mendapati, cili merah kulai yang menjadi pilihan rakyat Malaysia kini dijual pada harga RM19 sekilogram.

Cili merah mendapat permintaan tinggi Di pasaran.

Menurutnya, pihak Kementerian telah menyiasat aduan berhubung kenaikan harga sayur-sayuran dan mendapati memang berlaku sedikit peningkatan disebabkan oleh perubahan musim yang melanda negara selain faktor perubahan cuaca yang terlampau sejuk di daerah tanah tinggi pengeluar bekalan utama sayur-sayuran seperti di Cameron Highland.

Katanya, keadaan cuaca itu telah menyebabkan kualiti dan kuantiti sayur-sayuran berkurangan.

“Dari turun padang ini, Kementerian mendapati harga cili termasuk cili merah kulai, cili merah minyak dan cili akar telah mula menunjukkan penurunan. 

“Sebagai contoh, harga purata cili merah kulai pada bulan Disember 2020 adalah pada paras RM23 sekilogram. Pada minggu ini, harga purata cili merah kulai telah menurun kepada RM19 sekilogram iaitu penurunan 17 peratus,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Alexander berkata, penanaman cili tempatan dijalankan oleh Pertubuhan Peladang Negeri dan Kawasan dan hasil tanaman dikumpul di Pusat Pengumpulan Hasil Pertanian untuk dibekalkan kepada pemborong dan peruncit. 

Cili di Malaysia ujarnya ditanam dua musim setahun dan setiap enam bulan ianya dituai, diproses dan diedarkan untuk bekalan kepada pengguna dan industri melalui pemborong dan peruncit.

Advertisements

“Penanaman cili di Malaysia amat dipengaruhi oleh elemen seperti iklim cuaca sekitar 28-29’C, tanah jenis gambut dan pasir dengan nilai Ph 5.5-6.5 dan tahap kelembapan yang sederhana. 

“Luas fizikal ladang penanaman cili di Malaysia ialah 576.85HA dan luas tanaman  cili kulai ialah 204.46HA. Kebanyakan benih cili diperoleh daripada Taiwan, Jepun dan Korea,” katanya.

Alexander memberitahu, penggunaan cili oleh pengguna Malaysia dianggarkan kira-kira 0.006 kilogram (kg) seorang sehari, 0.17 kg sebulan dan 2.0 kg setahun.

“Keperluan untuk setahun bagi 32.73 juta rakyat Malaysia ialah 65.46 juta kg,” tambahnya.

Sementara itu, Alexander berkata, India telah mula mengeksport semula  bawang dan bekalan bawang dari India telah pun sampai di pelabuhan negara ini.

“Proses pengedaran bawang merah India dari pelabuhan kepada pemborong dan peruncit akan memakan masa lebih kurang dua minggu dan saya jangka ia akan menurunkan harga bawang tidak lama lagi,” katanya.

Beliau menambah, pengguna yang mempunyai maklumat berhubung sebarang perlakuan perniagaan yang tidak beretika, mereka boleh kemukakan maklumat aduan mereka kepada Pusat Arahan Penguatkuasaan 03-8882 6088/6245.

Aduan juga boleh dibuat menerusi Portal e-aduan.kpdnhep; Call Centre 1-800-886-800; aplikasi Ez ADU KPDNHEP dan aplikasi Whatsapp 019-279 4317.

Advertisements

Terkini

Zahid, Muhyiddin sepakat batal saman, henti pertikaian peribadi

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat...

Lagi Artikel Berkaitan