27.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 28, 2022

Angka kes lebih 5,000! Najib cakap jangan pandang remeh

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berharap kerajaan tidak memandang rendah terhadap situasi semasa COVID-19 yang telah mencatatkan angka melebihi 5,000 kes bagi tiga hari berturut-turut.

Walaupun Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah maklumkan petang tadi jumlah kes naik sebab lewat masukkan kes dari tahun lepas, Najib mengingatkan bahawa realitinya jumlah pesakit dalam rawatan tetap mencanak setiap hari.

“Kini sudah menghampiri 50,000 aktif kes. Jumlah pesakit dalam Unit Kawalan Rapi dan jumlah pesakit dalam keadaan paling kritikal yang memerlukan alat bantuan pernafasan juga naik.

“Hari ini, 127 pesakit dalam keadaan paling kritikal – naik 7 orang sejak semalam. Ini adalah rekod tertinggi,” katanya dalam laman Facebook miliknya malam ini.

Beliau menambah, jumlah kluster baharu yang dikesan setiap hari juga tinggi dengan 10 kluster hari ini, 16 kluster semalam dan 12 kluster kelmarin.

Baca juga:   Empat hari berturut kes baharu lepasi angka 5,000

Sebagai perbandingan, kata Najib, tiga kluster baharu dikesan pada 1 Januari 2021 diikuti 9 kluster pada 2 dan 3 Januari.

“Nilai R, iaitu kebolehjangkitan satu kes positif kepada orang lain dalam tempoh kebolehjangkitan juga naik sejak beberapa hari lepas.

Kementerian Kesihatan kata R nought naik 0.5 ke 1.1 pada 29 Januari. Pada 26 Januari, nilai R adalah 1.03. Naik 0.2 pada 28 Januari dan naik lagi 0.5 pada hari kemudiannya menjadi 1.10.

Baca juga:   Empat hari berturut kes baharu lepasi angka 5,000

“Awal tahun ini, Ketua Pengarah Kesihatan pernah kata R nought yang telah naik ke 1.10 adalah petanda bahawa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sudah gagal,” ujarnya.

Najib juga tertanya-tanya sama ada angka R nought naik dan jumlah kes aktif semakin naik jika lonjakan kes baharu sejak tiga hari lalu adalah disebabkan kerajaan lewat ambil kira kes tahun lepas.

“Jumlah kematian juga semakin naik. Hari ini 14 kematian direkodkan, 13 orang semalam dan 16 orang terkorban pada hari sebelumnya,” katanya.

Harap kerajaan dapat memberi penjelasan yang meyakinkan sebab ramai yang sudah bising mengapa jumlah kes terus naik walaupun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sudah hampir sebulan dilaksanakan di beberapa negeri. – EDISI 9

Terkini

Bentang semula Bajet 2023 jika belum lulus disebabkan PRU15

RANG Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2023 atau Bajet 2023 yang dijadual dibentang pada 7 Oktober depan perlu dibentangkan semula di...

Lagi Artikel Berkaitan