29.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

6 kategori pelajar IPT boleh pulang ke kampus

Mesti Baca

KUALA LUMPUR: Enam kategori pelajar dibenarkan pulang ke kampus masing-masing mulai 1 Mac ini untuk mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara fizikal.

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) berkata, kategori pertama adalah pelajar dari program pengajian peringkat Sijil, Diploma, Ijazah Sarjana Muda dan Pasca Siswazah yang memerlukan praktikal, makmal, klinikal, latih amal, studio, bengkel dan peralatan khas.

Lima lagi kategori lain adalah seperti berikut:

Pelajar yang tidak mempunyai akses dan persekitaran tidak kondusif bagi melaksanakan PdP dalam talian;

Pelajar Asasi atau Setara dan Diploma yang sedia ada di kampus boleh meneruskan pembelajaran secara hibrid;

Advertisements

Semua pelajar antarabangsa sedia ada dan baharu kecuali dari United Kingdom;

Pelajar Berkeperluan Khas (OKU); dan

Pelajar yang menduduki peperiksaan Malaysia University English Test (MUET), antarabangsa dan badan profesional.

KPT menambah, pelaksanaan PdP secara hibrid di dalam kampus boleh dijalankan dengan mematuhi sepenuhnya Prosedur Operasi Standard (SOP) dan mengutamakan keselamatan serta kebajikan pelajar.

“Pelajar yang tidak termasuk dalam kategori pelajar berkeperluan pula akan meneruskan PdP secara dalam talian,” jelas kementerian itu. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Pelajar UPSI adakan program bakti bersama gelandangan

SEKUMPULAN pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengadakan program khidmat bakti bersama golongan gelandangan di Pusat Transit Gelandangan Kuala...

Lagi Artikel Berkaitan