30.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Beras percuma setiap minggu, untunglah B40 Wilayah

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Golongan B40 di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan memang sangat beruntung kerana mereka akan menerima beras percuma sumbangan kerajaan.

Sebanyak 5,750 kampit beras diagihkan secara percuma setiap minggu kepada mereka mulai hari ini.

Sumbangan beras melalui Program MyBeras@Wilayah itu adalah hasil kerjasama Kementerian Wilayah Persekutuan dengan Yayasan Wilayah Persekutuan dan Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan.

Berita gembira itu disampaikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika melancarkan Program Miskin Bandar (5MY) secara maya malam ini.

“Walau bagaimanapun, saya ingin mengingatkan dalam proses pengagihan, jangan lupa perlu kekal mematuhi SOP tertentu yang ditetapkan demi menjaga diri kita dari dijangkiti COVID-19,” pesan beliau.

Harap semua yang bakal menerima beras itu jangan berebut-rebut pula sebab pasti mencukupi untuk semua yang layak.

Nampaknya Program 5MY yang merangkumi inisiatif MYJobs@Wilayah, MYGrocer@Wilayah, MYSchoolBus@Wilayah, MYMedic@Wilayah dan MYFood@Wilayah mungkin perlu ditukar jadi Program 6MY.

Sebabnya sudah tambah satu lagi inisiatif MYBeras@Wilayah.

Program 5MY memang banyak membantu golongan miskin bandar di sekitar Wilayah Persekutuan.

Setakat tahun lepas sahaja, Program MyJobs@Wilayah telah menyediakan sehingga 3,259 pekerjaan di ibu kota iaitu 28 peratus lebih tinggi daripada sasaran asal.

Inisiatif pengambilan pekerjaan pula meliputi pelbagai sektor dan industri.

Selain itu, inisiatif MySchoolBus@Wilayah telah memberi bantuan kepada seramai 9,704 murid di 67 kawasan perumahan awam kos rendah yang melibatkan 94 orang pengendali bas sekolah.

“MYMedic@Wilayah pula adalah perkhidmatan klinik bergerak yang menyediakan perkhidmatan rawatan kesihatan asas secara percuma kepada warga kota yang kurang berkemampuan di kawasan perumahan kos rendah di Kuala Lumpur.

“MYGrocer@Wilayah pula adalah inisiatif yang berkonsepkan pasar bergerak ke kawasan perumahan kos rendah melalui perjualan barang basar dan keperluan harian pada harga 5 peratus hingga 20 peratus lebih murah daripada harga di pasar awam,” kata Muhyiddin.

Sehingga kini, kata Muhyiddin lagi, trak MyGrocer telah bergerak ke 30 lokasi Perumahan Awam dan Perumahan Rakyat di Kuala Lumpur.

“Manakala MYFood@Wilayah adalah konsep bantuan bakul makanan yang berisi keperluan harian kepada golongan miskin bandar dan kini telah memanfaatkan seramai 32,000 ketua isi rumah di Kuala Lumpur,” kata beliau. – EDISI 9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan