34 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Islamkan satu kampung, Ebit Lew cari ustaz didik mereka

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Tiada hari yang lebih menggembirakan bagi pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew atau UEL apabila misi bantuannya di sebuah kampung dekat Semporna, Sabah semalam ‘dibalas’ dengan kerelaan mereka memeluk Islam.

Menerusi catatan Facebook beliau, UEL memberitahu, seramai 157 orang penduduk kampung, semuanya dengan rela tanpa paksaan mengucap dua kalimah syahadah.

Menurutnya, penduduk Pulau Tatagan itu adalah dari suku Bajau Laut atau gipsi laut yang tiada kepercayaan agama dan tinggal dalam bot atau pondok kecil atas laut.

Namun katanya, dimaklumkan pada ketika ini mereka terputus bekalan makanan di sebalik faktor kesusahan hidup membuatkan beliau datang menghulurkan bantuan sebelum dikerumuni penduduk.

“Tiba-tiba ramai tanya saya siapa tuhan. Tuhan tu apa?

“Saya terus sebak. Saya dengan penterjemah tanya pernah tak sesiapa terangkan tentang agama. Mereka jawab tiada. Kami tak tahu. Tolong bagitahu kami,” katanya.

 UEL yang kembali sebak kemudiannya nekad mengumpulkan semua dikeliling bot.

Ajaibnya kata UEL, mereka semua terus percaya dan beliau ajarkan mereka syahadah. 

“Inilah hari paling sedih gembira dalam hidup saya. Terima kasih Allah,” katanya.

UEL dalam pada itu berkata, beliau akan terus membantu memberikan bekalan makanan untuk seluruh kampung atas laut tersebut.

Katanya, beliau juga sedang menguruskan untuk membina sekolah untuk mereka. 

“Saya juga tengah cari guru ustaz untuk mengajar mereka. Saya akan bayar gaji guru-guru yang sedia mengajar disini.

“Ya Allah bantulah mudahkanlah diriku untuk pastikan anak-anak ini menjadi manusia berguna,” tambahnya. – Edisi 9

Terkini

KKDW peruntuk RM46.6 juta untuk pembangunan di Selangor

KEMENTERIAN Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan sebanyak RM46.6 juta untuk pelbagai pembangunan infrastruktur serta komuniti, kemahiran dan pembiayaan...

Lagi Artikel Berkaitan