26.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, March 25, 2023

Tak pakai pelitup muka, Presiden Chile didenda RM14,141

Mesti Baca


SANTIAGO – Presiden Chile, Sebastian Pinera dikenakan denda sebanyak 2.5 juta pesos Chile (RM14,141) selepas beliau didapati mengambil gambar swafoto tanpa memakai pelitup muka minggu lalu, tindakan yang melanggar peraturan Covid-19 negara ini.

Portal RT News melaporkan, Pinera mengaku kesalahannya kepada pihak berkuasa kesihatan Chile.

Hukuman denda itu diumumkan pihak berkuasa kesihatan Chile, dalam satu kenyataan, semalam.

Kata jabatan itu, Pinera akan membayar denda sebanyak 2.5 juta pesos Chile (RM14,141) selepas membuat aduan berhubung kegagalannya memakai pelitup muka di tempat awam semasa berada di kawasan pantai Zapallar.

 Bagaimanapun, denda itu hanya dikenakan selepas gambar swafoto pada 5 Disember lalu bersama orang tidak dikenali itu mencetuskan kemarahan netizen.

Netizen membidas Eksekutif itu kerana melanggar peraturan yang dikenakan oleh pentadbirannya sendiri.

Sehari selepas gambar itu tular dalam media sosial, Pinera mengeluarkan permohonan maaf di media sosial dan menyifatkan swafoto tersebut sebagai kesalahan yang dikesalinya.

“Semalam, saya keluar berjalan kaki dipantai yang telah lama saya tidak buat sejak setahun lalu. Saya berjalan sendirian sehingga orang ramai yang mengenali saya meminta saya mengambil gambar.

Baca juga:   Tiada lagi saman ke atas individu tidak pakai pelitup muka

“Sudah tentu saya akan memakai pelitup muka namun oleh kerana cepatnya masa berlalu saya tidak melakukannya. Ia satu kesalahan  yang saya kesali dan saya minta maaf.

“Tidak tahu lagi, penjagaan kendiri penting bagi mengelak jangkitan baharu dan kita semua mesti mematuhi peraturan,” ciapnya di Twitter.

Baca juga:   Bangladesh laksana polisi 'Tanpa pelitup muka, tiada layanan'

Chile ketika ini merekodkan lebih 581,000 jangkitan Covid-19 dan 16,000 kematian akibat pandemik itu.

Wartawan

Terkini

Dua gol Mbappe bantu Perancis ratah Belanda

KAPTEN baharu Perancis, Kylian Mbappe meledak dua gol bagi membantu negaranya membelasah Belanda 4-0 dalam aksi kelayakan Euro 2024...

Lagi Artikel Berkaitan