24.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Kapal TAG NUR 21 terbakar, 7 kru selamat

Mesti Baca

MELAKA – Sebuah kapal tunda TAG NUR 21 terbabit dalam satu kebakaran pada kedudukan lebih kurang 2.5 batu nautika barat daya pantai Pengkalan Balak, Melaka kira-kira pukul 5.10 petang semalam.

Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan, Komander Maritim Azman Samsudin berkata, sebaik menerima maklumat menerusi MERS 999, Bot Benteng 04 Maritim Malaysia telah digerakkan ke lokasi bagi melaksanakan operasi mencari dan menyelamat serta membuat kawalan keselamatan di tempat kejadian.

Menurutnya, seramai tujuh orang kru kapal berjaya dipindahkan ke kapal tunda yang berhampiran. 

Kapal tunda TAG NUR 21 terbabit dalam satu kebakaran pada kedudukan lebih kurang 2.5 batu nautika barat daya pantai Pengkalan Balak, Melaka. Foto FACEBOOK MARITIM MALAYSIA

Lima daripada kru itu katanya adalah warga tempatan manakala dua lagi warga Indonesia dan dilaporkan selamat serta tidak mengalami sebarang kecederaan. 

“Kerja-kerja pemadaman api menggunakan median air telah dilakukan oleh kapal tunda  berdekatan dan kebakaran dapat dikawal sepenuhnya dalam tempoh masa kira-kira 5 jam kemudian.  

Advertisements

“Tiada tumpahan minyak dilaporkan berlaku dan pihak kami akan membuat pemantauan berterusan. Pihak syarikat kapal tunda tersebut juga akan bekerjasama dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia bagi menyiasat punca sebenar kebakaran,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Azman dalam pada itu berkata, Maritim Malaysia menasihatkan agar komuniti maritim sentiasa peka mengenai keselamatan di laut dan bersiap sedia dengan sebarang kejadian yang tidak diingini bagi mengelakkan kehilangan nyawa serta harta benda. 

Selain itu ujarnya, Maritim Malaysia juga akan terus meningkatkan operasi penguatkuasaan bagi membenteras dan menyekat aktiviti jenayah rentas sempadan di perairan zon maritim Malaysia.


“Kami juga meminta orang ramai agar menyalurkan sebarang maklumat berkaitan jenayah dan kecemasan di laut menerusi Pusat Operasi Maritim Negeri Melaka & Negeri Sembilan di talian 06-3876730 dan MERS 999 yang beroperasi secara 24 jam,” tambah beliau.

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan