24.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 16, 2021

i-Sinar KWSP: Najib belum mahu mengalah, desak kriteria dimansuh

Must Read

Suruhanjaya Tinggi Bangladesh tak wajar lancar portal pekerjaan

CYBERJAYA - Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan amat terkejut dengan tindakan Suruhanjaya Tinggi Bangladesh di Kuala Lumpur...

Kenaikan harga barangan masih terkawal – Alexander

CYBERJAYA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mendapati kenaikan harga barangan di seluruh negara adalah...

Perdana Menteri beri jaminan tiada PKP kali ketiga

CYBERJAYA - Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jaminan kerajaan tidak berhasrat melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali...


KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat belum mahu mengalah apabila terus mendesak kerajaan agar menghapuskan kriteria atau syarat pengeluaran i-Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Penegasan Najib itu tidak seperti desakannya dalam isu lanjutan kuarantin wajib 14 hari berbanding 10 hari buat pengembara yang pulang dari luar negara berikutan penemuan varian baharu Covid-19.

Menurut bekas perdana menteri itu, pelaksanaan i-Sinar seharusnya dibuat macam i-Lestari dengan pencarum hanya perlu mendaftar secara dalam talian dan siapa yang memohon diluluskan secara automatik.

Katanya dalam nada sindiran, jika kerajaan sanggup memerlukan jutaan rakyat beratur di pejabat-pejabat KWSP seluruh negara untuk serah dokumen bukti bagi pengeluaran i-Sinar pada masa Covid menular maka tiada masalah bagi rakyat beratur untuk mengundi di Pilihan Raya Umum (PRU).Kan?

“Boleh benarkan rakyat rentas negeri sesuka hati untuk melancong dan suruh jutaan orang beratur panjang di KWSP untuk serah pelbagai dokumen bukti pada masa kes Covid sudah cecah 100,000 tapi PRK (Pilihan Raya Kecil)/PRU tak boleh pulak?

“Sebab itu, hapuskan sahaja [email protected] pengeluaran i-Sinar.

“Apa cerita Makcik yang pendapatannya RM2,000 sebulan turun 20% dikatakan tidak terjejas dan tidak layak tetapi manager yang gajinya RM10,000 sebulan turun 30% dianggap terjejas pula dan boleh membuat pengeluaran tanpa syarat dan tanpa dokumen bukti?,”katanya.

Najib dilihat masih belum mahu mengalah memperjuangkan isu pengeluaran akaun 1 KWSP yang menurutnya dapat membantu rakyat terjejas dengan pandemik Covid-19.

Sejak Oktober lalu, Najib meminta kerajaan agar pertimbangkan cadangan ramai pihak agar pencarum KWSP dibenarkan membuat pengeluaran sehingga RM10,000 secara ‘one-off’ dari akaun 1 masing-masing.

Menurutnya, kebenaran itu bertujuan untuk membantu rakyat yang terjejas bagi kegunaan mendesak.

Namun usaha Najib mendesak kerajaan melanjutkan tempoh kuarantin wajib selama 14 hari dilihat sudah berakhir selepas menyatakan tidak mahu lagi mengulas isu tersebut.

“Saya rasa ini kali terakhir saya buat posting tentang isu ini.

“Dah saran 6 hari berturut-turut sejak hari Ahad,” katanya di Facebook semalam.

Latest News

Suruhanjaya Tinggi Bangladesh tak wajar lancar portal pekerjaan

CYBERJAYA - Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan amat terkejut dengan tindakan Suruhanjaya Tinggi Bangladesh di Kuala Lumpur...

More Articles Like This